Thursday, 2 June 2011

Trend Cerita #2 - Melayu Malaysia

     Sebelum ni aku ada bongkarkan Trend Cerita #1 - Indonesia. Kalau sesiapa belum baca lagi, sila baca. Tolong! Jangan saman aku! Haha!

     Kali ini secara tak boleh blah aku nak bongkarkan lagi Trend Cerita berkaitan dengan cerita Melayu Malaysia. Lagi sekali, tolong jangan saman aku! *terus menyorok dalam selimut*


1)  Mesti ada adegan makan-makan.


2)  Kalau makan kat mana-mana, terutama kat restoran, mesti tak habis punya. Lagi-lagi kalau minum air. Kadang-kadang ada yang tak luak langsung. Membazir je. Aku yang tengok air tu pun terliur sebab nak minum.


3)  Bila ada orang call, ada berita buruk yang dikhabarkan, skrip / dialog yang terpacul daripada mulut watak mesti adalah. "apa?".


4)  Bila ada orang tu accident, contohlah, anak dia kena langgar dengan kereta. Bapak dia akan pergi kat anak dia yang tengah terbaring kat tengah jalan tu akibat dilanggar kereta lepas tu peluk-peluk anak dia sambil menangis. Last-last, anak dia mati. Dari engkau meraung tu, baik bawak anak kau tu pergi hospital cepat-cepat atau call ambulans. Takdelah anak tersebut mati.


Tapi bagi aku cerita Melayu tetap bagus macam cerita Juvana. Keep it up!

 Sorry, entry ini tiada gambar. Ada apa-apa lagi nak tambah?

p/s : #adindaevans




6 comments:

blog-tips-kurus said...

(tak mencarut la!)
*mesti mekap tebal-tebal & berbulu mata palsu. kadang2 pakai telekung pon nak mekap jugak.. (",)

cik azeya said...

sembahyang tapi pakai skirt pegi keje.

-nora elena-

kehkeh

Kongsi Gelak said...

aku tambah. zoom kat lobang hidung mesti tak lepas. tak boleh belah siak. har har har.

p/s: pergh... tak abis agi adindaevans. mau mencari publisiti murahan.

mushroom said...

@blog-tips-kurus
hehe mencarut tuh saje jek letak :P yg tuh memang paling tak boleh blah

@cik azeya
haha syukur aku tak tgk cerita tuh :P

@Kongsi Gelak
haha yg tuh kau perasan jek kan.. tapi at least adinda dah buat tindakan.. mesti dia frust gilak hehe

Syazana Zainn said...

tau takpe. selalu cerita endon mcm tu.

lgi satu kan, mesti story lebih kurang je.

tertukar anak ataupun saje tukar anak.

lepas tu nak rebut harta orang lain.

btw : me new follower here :D

p/s: nanti join segmen schaze tau..hihi http://erynsyaze.blogspot.com/2011/06/1st-syazana-segmen-cari-kucing-menyorok.html

mushroom said...

@schaze zainn
haha tahu xpe.. memang sepesen lah cerita dorang ni senang kata..pasal segmen tuh, insyallah saya akan join ya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...