Wednesday 29 June 2011

Wordless Wednesday #5




Monday 27 June 2011

Meh Kita Diet Beramai-Ramai

     Rakyat Malaysia ni ramai yang gemuk-gemuk. Dah tu pulak ramai yang nak diet. Termasuklah aku yang gemuk dan nak diet sekali. Huhu!

     Tahu tak kenapa ramai yang diet tapi tak berjaya pun turunkan berat badan? Sebab, niat kau nak diet sebab nak kurus, bukan diet sebab nak sihat. Cuba kalau kau psyko fikiran kau tu kepada diet sebab nak sihat. Gerenti akan berjaya punya. Statement ini fakta tau. Aku pernah terbaca kat satu majalah tapi dah lupa lak. Huhu!




     Kalau nak diet kena tahu BMI korang dulu. Barulah boleh target berat badan ideal korang. Kalau belum tahu BMI korang, meh kita ukur sama-sama meh dengan menekan link ini (kau open new tab sendiri).

< 18.5kurang berat badan
18.5–24.9normal
25.0–29.9terlebih berat
30.0–34.9obesiti kelas I
35.0–39.9obesiti kelas II
≥ 40.0 obesiti kelas III

     Amacam? Jom diet beramai-ramai. Tapi sebelum tu kita makan GCB dulu, okey. GCB sedap tau.


Friday 24 June 2011

Revolusi Laman Sosial

     Dulu laman sosial pertama yang mula-mula sekali ada kat dunia ni apa? Aku tak tahulah sangat. Tapi aku rasa Friendsterlah kot. Zaman pun dah semakin canggih dan sekarang ni laman sosial yang paling gempak sekali yang paling ramai sekali orang main ialah Facebook (FB). Aku tak tahulah apa yang best sangat FB tu. Sekarang aku ceritakan laman mana yang aku first main sampailah sekarang.












     First yang aku main ialah Myspace. Aku start main pun masa aku form 2 tak silap aku. Kawan aku ajak buat, so aku buat jela. Bila dah buat, hah! Hambek ko. Agak gianlah jugak. Menatang yang paling gian aku main ialah menatang ni la sebab aku rajin tukar layouts kejadah semua. Aku belajar HTML code pun dari menatang ni. So, thanks to pakcik Tom sebab buat Myspace. Sekarang disebabkan ada Facebook ramai pulak yang tak nak main MS. Sedih tak?

     Bila dah gian aku dengan ligatnya pergi tubuhkan group. Nama group terpaksa aku rahsiakan. Group tu gila gempak nak mati tapi tak femes pun. Haha! Budak-budak MS tahulah macam mana. Memang semuanya batak-batak time tu.






baru punya

lama punya. aku jumpa kat google. sape punya ntah

     Aku main FS ni pun sekejap je. Aku sign up pun sebab nak try. Bagi aku memang tak best. Langsung tak! Jiwa aku tak kena dengan FS ni. Hehe! Tapi di sinilah aku bertemu dengan stalker aku. (Gila gelimat)














     Tagged (TG) ni pun aku main tak lama jugak sebab banyak orang haprak sangap seks kat sana. Send gambar yang tak sepatutnya dan mesej yang, oh my goatt!! Tak naklah explain. Haha! Bagi aku, tagged paling bahaya kalau aku main. Boleh jadi rosak. Demn.













     Hah! Menatang ni lah yang orang suka dok main. Aku pun tak tahulah kenapa sebab aku takdelah gian sangat main ni. Akaun FB aku pun bertukar-tukar. Tak banyak yang kekal. Hehe. Aku main FB pun sebab nak ping, contact si dia dan nak main game je. Ala, game ni je aku main.



     Jangan lupa add aku sebagai neighbor tau! (Haha! Sempat lagi)

     Aku ada banyak lagi akaun lain macam Twitter, Kawanlah, Salingsapa dan banyak lagi. Tapi tak kan nak cerita satu-satu kan. Habis pecahlah rahsia aku. Hehe! Nak tahu akaun aku yang paling aktif apa?






akaun paling aktif

 Sudi-sudilah follow aku. Aku tak kan segan silu tanya soalan banyak-banyak. Haha!


Wednesday 22 June 2011

Wordless Wednesday #4



Tuesday 21 June 2011

Mengejar Fiyan #4

     “Ha, dah balik pun. Mana Esya?”, Tanya Tijah sejurus melihat aku berjalan masuk menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Aku berhenti seketika.
     
     “Err.. Ibu, Esya ada kat bawah. Dia kata belum puas berenang lagi”, selepas memberikan alasan yang aku rasa cukup kukuh, cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik air.

     “Abang, pelikkan anak kita tu?”, Tanya Tijah kehairanan kepada suaminya, Rashid.

     “Biarkanlah dia tu”, Rashid yang sedang menonton televisyen hanya menjawab malas.


Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


     Pintu dikuak. Tijah dan Rashid memandang serentak ke arah pintu.

     “Esya rupanya”, Rashid berkata.

     Esya hanya tersenyum. Beberapa saat kemudian Esya bersuara, “Mak Lang, Pak Lang. Ada tetamu”.

     “Kat hotel pun kita ada tetamu jugak ke?”, bisik Tijah kepada suaminya, Rashid.

     Pintu dibuka luas. “Masuklah”, Esya menjemput Azrai masuk.

     Azrai masuk dan bersalaman dengan Tijah dan Rashid. Esya terus masuk ke dalam bilik air. Aku ternampak Esya melintasi bilik. Terus aku memanggilnya.

     “Esya!”, Esya memandangku.

     “Apa? Weh, aku tengah basah ni. Nantilah, okey. Aku nak bersihkan badan sekejap”, terus Esya meninggalkan aku terpinga-pinga. Aku cuma nak tahu siapa yang datang.

     Aku hanya duduk bersila di atas katil. Fikiranku melayang, teringatkan peristiwa tadi.

     “Azrai, kenapa kau dulu kau menghilang dan sekarang kau muncul kembali? Kenapa aku begitu bodoh sampai sanggup menangis kerana kau? Benda ni dah lama berlalu. Tapi luka masih tetap ada”, aku bermonolog sendirian.

     Aku terkejut kerana terdengar bunyi pintu yang terkuak. Esya rupanya. Air mata yang mengalir cepat-cepat aku mengesatnya dengan hujung jari.

     “Aku tahu kau menangis”, Esya bersuara.

     Aku hanya diam. Memandang ke luar tingkap. Tiba-tiba, Tijah masuk ke dalam bilik aku. 



Friday 17 June 2011

Sebab Kena Pakai Baju Renang Semasa Mandi Kolam






Kalau kita pergi kat mana-mana hotel, mesti akan ada arahan seperti ini.

No t-shirt, no jeans. Only swimsuit allowed here.

Oh, kenapa mesti dengan pakaian renang? Kenapa tak boleh berendam dalam kolam tu dengan baju t-shirt atau baju kurung? Why? Why?

Disebabkan kita semua keliru dengan semua ini, tepat jam 11 aku telah bertolak ke sebuah hotel terkenal yang mempunyai beratus-ratus hektar kolam di seluruh hotel dan kondo semata-mata untuk berjumpa dengan Mr. Pul (pemilik kolam).

Aku : Hello, Mr Pul. My name is Mushroom. (sambil berjabat tangan dengan Mr Pul.)

Mr Pul : Hey you! What the fungi you come here?

Aku : Rilex Mr Pul. I'm coming to interview you.

Mr. Pul : Oh, sure! Take a seat.

Aku : Thanks Mr. Pul. (terus duduk kat tepi kolam bersama Mr Pul sambil kaki berendam dalam kolam.) So, can we start now?

Mr Pul : Sure! But can we talk in Malay? Because sometimes my English is broken. You know, my name is not Mr Pul but Encik Saiful. I'm Malaysian so we must speak Malay.

Aku : Berlagak. Nama nak macam mat salleh. Konon Hot Setaplah tu. Okey, straight to the pointlah. Kenapa kalau kat hotel, nak mandi kolam, mesti kena pakai baju renang? Ramai pengunjung yang tak setuju dengan syarat ni.

Mr Pul : Okey, sebab yang pertama kenapa kena pakai baju renang masa mandi kolam kerana kita utamakan ciri-ciri keselamatan. Kalau pakai T-shirt, gerenti lemas punya.

Aku : Eh, kenapa pulak?

Mr Pul : Yela, T-shirt besar, tidak mengikut bentuk badan seperti baju renang. Kalau sekali kau terjun kat dalam kolam tu, mahu tak lemas? Sebab T-shirt tu nanti kembang dan menggelembung-gelembung masa dalam air. Kalau gelembung je tak apa. Ni gelembung dan tersangkut kat celah-celah penyedut kolam tu, tak ke lemas.

Aku : Oh, yeke Mr. Pul. Tak munasabahlah.

Mr Pul : Ah! Lantak akulah. Sebab kedua kena pakai baju renang kerana mahu tarik pengunjung ke kolam renang. Contoh bila girls yang Hot Setap mandi pakai bikini, mesti pengunjung lelaki yang gatal anu nak mandi kolam jugak. Macam hotel aku ni, kalau nak mandi kolam kena bayar tau. Untung tahu kalau aku buat syarat macam ni.

Aku : Fikir nak untung je.Tapi akhirat tak fikir. Patutlah hotel Mr Pul ni banyak mat salleh je. Apa lagi sebab kena pakai baju renang masa mandi kolam?

Mr Pul : Lagi satu, aku tak naklah nanti bila pengunjung aku pakai baju t-shirt, boleh pulak colour baju dorang tu luntur kat dalam air kolam aku. Kalau baju dia colour merah, tak ke nanti pangunjung aku yang lain menggelabah sebab dorang akan sangkakan yang itu ialah darah.

Aku : Tapi Mr. Pul, saya rasa dalam kolam Encik tu ada clorox kot. Tu luntur kan?

Mr. Pul : Jangan salahkan aku. Dorang yang main kencing je kat dalam kolam. Banyak air kencing akan menyebabkan warna baju dorang luntur. So, jangan saman aku.

Aku : Err. Menggelabah gila Mr. Pul ni. Okeylah Encik, saya blah dulu. Nyampah tengok rambut encik macam cendawan ni.

Mr. Pul : Apa ko kata? Macam cendawan?!! Beramboooosss!!!!

Aku : Berambus tu boleh. Air liur tu. (terus berlalu meninggalkan Mr. Pul)


"Apa pun alasannya aku tetap tak bersetuju nak pakai baju renang kat kolam. Tak sempoi langsung." - Mushroom



Wednesday 15 June 2011

Wordless Wednesday #3






Tuesday 14 June 2011

Google Chrome yang Fucking-Damn-Woww

     Haha! Semalam aku ada download Google Chrome. Aku agak jakun sikit sebab aku lepas download je terus main tukar-tukar themes. Dah tu pulak aku pergi download segala apps yang ada. Haha. Batak! Batak!

     Aku agak kolot sikit sebab korang dah download dulu cuma aku je yang baru je nak download. Hehe. Maklumlah, semalam baru je sampai seru! (Banyak tanda seru menunjukkan aku excited! Haha!)

     Maafkan aku kerana agak menggelupor sikit. Kat sini aku nak tunjukkan bakat yang terperam. Terperam ya, bukan terpendam. Hehe.

Oh buruknya!

Argh buruk gila!
Peh silau!

Demn! Perasan+Buruk!
   
    Haha! Burukkan. Aku saja je buat buruk-buruk. Sebab aku kurang gemarlah kalau bab-bab kena puji ni. *tangan ke dada, mata ke atas*

     Aku buat ni pakai Sketchpad ehsan dari Google gak. Haha! Kata jakun kan.

Macam ni lah rupa menatang tu.

     #Okbai. Tu je. Saja buat penuh entri.


Mengejar Fiyan #3

     Aku terkejut. Terus aku berenang-renang ke arah Esya.  Esya yang memahami terus mengajak aku pulang ke hotel. Aku turutkan sahaja.

     “Fiyan, kenapa kau masih nak fikirkan dia lagi? Dia tu pernah meninggalkan kau kerana perempuan lain yang lebih cantik, lebih seksi dari kau. Kau janganlah nak ingatkan dia balik. Aku rasa, budak yang berenang dengan dia kat kolam tu pun anak dia. Entah-entah, dia tu dah kahwin dengan perempuan yang dia nak sangat tu sampai sanggup dia tinggalkan kau”, kata-kata nasihat daripada Esya sebentar tadi masih jelas lagi aku ingat dan kini ia terngiang-ngiang dibenakku.

     Aku berjalan sambil Esya memimpin tangan aku menuju ke arah hotel. Air mataku menitis tanpaku pinta. Apa yang mampu aku buat hanyalah berjalan dengan pantas dan tunduk supaya orang lain tidak sedar bahawa air mata aku sedang mengalir.

     Dalam keadaan basah, Esya membawa aku duduk disebuah bangku di tempat yang agak terpencil, jauh dari orang ramai. Hanya Esya sahaja yang menyedari bahawa aku sedang menangis.

     “Sebenarnya, saya sudah lama sukakan awak. Pertama kali saya pandang awak, masa tu awak tengah tersenyum. Sungguh, awak ni sangat cantik bila senyum macam tu. Sudi tak awak jadi girlfriend saya?”, kata-kata lamaran daripada Azrai mengganggu mindaku membuatkan hati aku tidak merasa tenang.

     “Selamat hari jadi, Fiyan! Nah, Azrai hadiahkan Fiyan sekotak coklat berbentuk love. Yan suka tak?,” air mata aku terus mengalir. Dia tahu kesukaanku. Kotak coklat itu masih lagi aku simpan elok di rumah.

     “Fiyan, janganlah menangis. Rai tak suka tau tengok Yan menangis. Tak comellah macam ni. Kena reject kerja je pun. Nanti Rai belanja Yan aiskrim, okey? Alo bucuk-bucuk”, Azrai sangat manjakan aku dan dia sanggup buat apa sahaja asalkan aku tersenyum kembali.

   “Azrai janji tak tinggalkan Fiyan”, air mataku mengalir lagi deras tatkala mengenangkan janji dia yang satu ni.

     Esya memeluk tubuhku. Memberikan aku kekuatan supaya aku merasa tenang. Bodohnya aku mengeluarkan air mata hanya kerana Azrai yang sudah pun mempunyai keluarga sendiri.

     “Fiyan, janganlah menangis lagi. Sebab tu aku tak nak bawak kau masuk bilik. Nanti apa pulak mak bapak kau cakap bila nampak kau menangis macam ni”, pujuk Esya. Satu-satunya sepupunya yang amat rapat dengan aku.

     “Tapi Esya, kenapa dia tinggalkan aku?”, aku bersuara dalam nada yang sebak.

     “Sudahlah tu Fi....”, tidak sempat Esya menghabiskan bicara, tiba-tiba ada satu suara yang mencelah.

     “Maafkan Azrai.”


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


     Aku memandang Azrai yang sedang berdiri tegak di hadapan kami. Cepat-cepat aku mengusap air mata lalu aku beredar meninggalkan tempat itu. Azrai dengan pantas menghalang aku daripada pergi dengan memegang erat tanganku.

     Aku memandang Azrai dengan mata yang sembap akibat menangis kerana perkara yang bodoh. Aku memandang Esya dengan harapan dia membantu aku tapi Esya hanya mampu berdiri dan membalas pandanganku saja.

     Aku tidak boleh berdiam diri. “Kau tak tahu mana halal dan haram? Lepaskan tangan aku! Kau tak berhak menyentuh aku sebab aku bukan isteri kau! Sekarang kau pergi dari sini dan jangan jumpa aku lagi hanya kerana kau nak sentuh aku je”, marahku terhadap Azrai.

     Dengan pantas Azrai melepaskan tanganku. Aku terus berlalu pergi meninggalkan Azrai tanpa sepatah kata pun.

    Setibanya aku di bilik hotel aku terlupa akan Esya. Aku telah meninggalkan Esya bersama Azrai!


Monday 13 June 2011

Mengejar Fiyan #2

     Aku duduk di koridor. Kegelapan malam membuatkan aku tidak dapat melihat apa-apa di hadapan. Hanya telingaku sahaja yang dapat menangkap bunyi ombak laut yang menghempas ke pantai. Sesekali angin meniup rambutku sehingga menutupi mataku. Aku mengikat rambutku yang ikal panjang ke bahu dengan menggunakan getah rambut.

     “Apa yang Fiyan menungkan?”,dengan pantas, aku memandang ke kiri. Aku tersenyum. Ibu.

     “Tak ada apa-apalah, bu”, aku memandang ke langit melihat bulan dan bintang yang ditutup awan. Mungkin itu satu petanda yang hujan akan turun tidak lama lagi.

     Tijah hanya berdiri di pintu. Asyik memandang aku dan berharap agar aku memberikan satu jawapan yang benar tapi satu kekecewaan yang dapat aku berikan. Tijah masuk semula ke dalam.



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



     Hari ini merupakan hari kedua aku berada di sini. Selepas sarapan bersama keluarga, aku terus duduk di sebuah kerusi yang berbumbungkan pohon yang rendang. Aku memandang ke arah kolam sambil menongkat dagu.

     Esya yang sedang duduk di sebelah aku sambil melayan lagu Hotel California di MP3nya memandang aku. Mungkin setiap bait-bait lirik dia tidak menghayatinya sebaliknya hanya memandang aku yang sedang bermenung.

     Risau dengan keadaan aku, dia mematikan MP3nya, “Esya kenapa dengan kau?”

     Aku terus bersuara tanpa memikirkan apa-apa, “kau rasa dia dah kahwin?”

     Esya tidak mengerti. Tanpa rasa malu dia bertanya lagi, “siapa yang dah kahwin?”

     Aku memandag wajah ayu Esya. Jelas terpancar kebimbangan pada wajahnya.

     Aku menghela nafas panjang dan menceritakan apa yang terbuku, “semalam, semasa di kolam....”



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



     Aku merasa lega setelah aku menceritakan segalanya kepada Esya sebentar tadi. Memang betul kata orang, kalau ada masalah, kita harus meluahkannya kepada orang yang kita percaya. Barulah rasa lega di hati. Selepas aku berkongsi masalah aku, Esya dengan senang hati mengajak aku mandi laut pula hari ini. Memang cukup menggembirakan apabila aku bisa melakukan hal seperti anak-anak kecil.

     Kami ketawa-ketawa riang sambil Esya mengejar aku. Aku terus berenang dan berenang agar Esya tidak dapat menangkap aku. Tiba-tiba, aku terlanggar sesuatu. Sesuatu itu adalah seseorang. Dia timbul dari dalam laut selepas berendam di dalam air masin itu.

     Aku yang terkejut terus meminta maaf dari seseorang itu tanpa melihat wajahnya.

     Tiba-tiba satu suara garau mengetuk gegendang telingaku, “Fiyan?”

    Lantas aku memandang muka seseorang itu.





Sunday 12 June 2011

Hubungan Songsang - Gay




     Sekarang ni, tak hairanlah kalau lelaki ramai yang jadi gay. Aku terfikir jugak pasal benda ni. So, bagi pendapat aku, antara sebab lelaki jadi gay ni mungkin sebab:

1.  Tak cukup kasih sayang daripada seorang ayah. Maka, dia pun mencari kasih sayang daripada seorang lelaki seterusnya menjadi gay.

2.  Tak puas buat romen dengan perempuan sebab lubang tutt dah besar sebab suka beromen secara rambang. Oleh itu, lelaki pun beromen / meliwat dengan lelaki yang lebih sedap dan ketat lubangnya.

3.  Muka perempuan takde yang jambu. Maka, dia pun mencari lelaki yang bermuka jambu untuk dijadikan kekasih dan seterusnya menjadi gay.

     Hanya tiga sebab je yang terlintas difikiran aku sebab aku bukannya gay nak senaraikan banyak-banyak.


boleh percaya tak?



Saturday 11 June 2011

Mengejar Fiyan #1

     Aku menarik nafas lega. Setelah menempuh perjalanan hampir tiga jam, akhirnya aku sampai juga ke destinasi yang dituju, Hotel Tropick Resort. Istimewanya hotel ini ialah ia berdekatan dengan sebuah lautan yang cantik. Amat cantik walaupun tempat ini bukanlah sebuah pulau.

     Aku memandang ke sekeliling. Mataku tertancap pada sebuah kolam yang besar. Terdapat ramai pengunjung di sana yang sedang bermandi-manda, tidak kira umur dan bangsa. Lantas aku membisikkan sesuatu di telinga sepupuku, Esya.

     “Esya, petang nanti teman aku pergi mandi kolam, okey?”, Esya memandang aku. Tidak sempat dia berkata apa-apa, ayahku tiba-tiba mencelah.

     “Fiyan, kau bergosip apa lagi tu? Angkat barang bawak masuk bilik”.

     Aku tanpa sebarang bantahan terus mengangkat barang-barang masuk ke dalam bilik hotel.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



     Selepas aku mengemaskan barang-barang aku di dalam almari, aku terus berbaring di sebelah Esya yang sedang asyik melepak di atas katil dengan MP3 kesayangannya. Aku menarik earphone kanan yang ada di telinganya.

     Esya terkejut dan bersuara, “kenapa kau ni?”.

     Aku cuma tersengih-sengih macam selipar koyak. Sambil berbaring aku membuat gaya kuak lentang di atas katil.

     Esya yang memahami maksudku yang mengajak dia mandi kolam terus membantah, “tak naklah aku pergi mandi kolam. Malu siot. Kita dah besar”.

     Aku duduk bersila di sebelah Esya dan terus merayu, “come on-lah Esya. Jomlah. Please. Tak kan kau nak melepak dengan MP3 kau je? Benda tu kat rumah pun boleh buat. Sekarang kita kat hotel. Kita lepak kat kolam, lepas tu kita lepak kat laut pulak”.

     Esya memandangku. “Oh, Esya! Please bebeh”, rayuku.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



     Aku terus menjejakkan kaki aku ke dalam air tatkala aku dan Esya sudah pun tiba di kolam. Sejuk! Aku memandang sekeliling. Memang ramai orang. Kanak-kanak pula menjerit riang lebih-lebih lagi apabila berpeluang bermain gelongsor air.

     Aku memandang ke arah Esya yang berada di belakangku, “weh, sinilah masuk”.

     Esya hanya menggeleng. “Bajet cunlah tu! Sebab tu kau tak nak mandi sekali kan?”, getusku di dalam hati.

     Terus aku menarik Esya masuk ke dalam kolam. Habis basah kami berdua. Kami hanya ketawa tanpa mempedulikan orang-orang sekeliling.

     “Jahatlah kau, Fiyan”, Esya mula bersuara selepas puas ketawa.

     Aku hanya mampu tersenyum sehingga menampakkan baris gigiku yang putih tersusun. Tiba-tiba, mataku tertarik pada seorang jejaka berbaju biru yang sedang berseronok berendam bersama seorang kanak-kanak perempuan. Bibirku tidak mengukirkan senyuman lagi.

Bersambung...






Wednesday 8 June 2011

Wordless Wednesday #2



Sunday 5 June 2011

Kerja Budak Hot Setap (Hot Stuff)

''Hye you all! Nama I Mak Jemah. Ops, cowie. Tersilap pulakk. Nama I Estella Jesfrado. Hot tak nama I? Youuuu. Kalau nak hot tak mainlah nama Melayu. Orang zaman sekarang kalau nak hot tak main jugak dah nama mat salleh. Tapi guna nama spanish. Hot tawu. Barulah remaja.''

''I kan budak hot. Mesti you all nak tawu apa yang I buat kan? Kat bawah nie I ada ceritakan. So, hope you guys enjoy!''

You know. I suka lepak Pavilion. Gentle I suka tau.


Inilah member I. Kita orang suka pakai baju seksi barulah hot staff gitu.


Kita orang suka tangkap picture kat dalam tandas, kadang-kadang kat depan cermin. Sebab kita kan hot staff.

Ini member I. Dia sayang kat hubby dia. Budak hot of course ada boyfriend kan. Sukanya!


Kita orang selalu hisap shisha bila lepak sama-sama.

''Okeylah. Tu jew yang I mampu nak ceritakan. Kalau I cerita banyak sangat pasal kerja budak hot ni, mesti ramai yang hot dengan I. Tak pasal-pasal jew I kena saman.''

''Kalau you all nak tawu lebih lagi, you all boleh melawat kita orang kat tempat-tempat hot contohnya kat BB (Bukit Bintang).''

''Hey you! Dah interview I, you kena belanja I shisha tawu?! You dah lupa kew? Tak kan blah macam tuh jew?'', marah Estella Jesfrado kepada admin selepas di-interview.

Admin terus melarikan diri.

Larikkkk!!


p/s : Aku tahu semua ni selepas aku membuat kajian. Kalau ada yang membantah, tak tahu nak kata apa. Yela, tak semua orang macam ni kan. Kita manusia, siapa tak pernah enjoy. Tapi jangan lupa batas dan agama. Kita padek dulu. (Kalau tak tahu jugak padek tu apa, pergi tanya budak hot.)



Segmen Syazana - Cari Kucing Menyorok

 Aku join segmen ni.

Ya, aku akui.

Segmen ni susah!

Sebab aku kena cari kucing yang tengah menyorok ntah kat mana alam ntah.

Aku kata susah pun sebab mata aku rabun.

So, agak payah sikit nak cari.

Aku pun cari dengan agak-agak jela.

Sebab malangnya cermin mata aku tak ada buat masa ni.

Haha!

So, tengoklah jawapan aku.

Harap-harap betullah.

Kucing!

Aku berharap sangat kau ada kat tempat yang aku tanda.

Harap-harap apa yang aku tanda tu bukannya batu.

Haha!




Nak join picit ni. Argh!

Tarikh tutup 12 Jun 2011.


Friday 3 June 2011

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO





Saya suka blog saya sendiri kerana saya suka syok sendiri sambil berdiri serta berlari.




Komik : Fenomena Evans



Jangan saman aku!



Thursday 2 June 2011

Trend Cerita #2 - Melayu Malaysia

     Sebelum ni aku ada bongkarkan Trend Cerita #1 - Indonesia. Kalau sesiapa belum baca lagi, sila baca. Tolong! Jangan saman aku! Haha!

     Kali ini secara tak boleh blah aku nak bongkarkan lagi Trend Cerita berkaitan dengan cerita Melayu Malaysia. Lagi sekali, tolong jangan saman aku! *terus menyorok dalam selimut*


1)  Mesti ada adegan makan-makan.


2)  Kalau makan kat mana-mana, terutama kat restoran, mesti tak habis punya. Lagi-lagi kalau minum air. Kadang-kadang ada yang tak luak langsung. Membazir je. Aku yang tengok air tu pun terliur sebab nak minum.


3)  Bila ada orang call, ada berita buruk yang dikhabarkan, skrip / dialog yang terpacul daripada mulut watak mesti adalah. "apa?".


4)  Bila ada orang tu accident, contohlah, anak dia kena langgar dengan kereta. Bapak dia akan pergi kat anak dia yang tengah terbaring kat tengah jalan tu akibat dilanggar kereta lepas tu peluk-peluk anak dia sambil menangis. Last-last, anak dia mati. Dari engkau meraung tu, baik bawak anak kau tu pergi hospital cepat-cepat atau call ambulans. Takdelah anak tersebut mati.


Tapi bagi aku cerita Melayu tetap bagus macam cerita Juvana. Keep it up!

 Sorry, entry ini tiada gambar. Ada apa-apa lagi nak tambah?

p/s : #adindaevans




Wednesday 1 June 2011

Wordless Wednesday #1



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...