Tuesday 31 May 2011

Trend Cerita #1 - Indonesia

     Aku bukanlah peminat tegar cerita or sinetron Indonesia ni. Tapi aku ni memang suka perhatikan jalan cerita sesebuah cerita atau filem sebab aku nak tahulah! Tapi kebanyakkannya setiap jalan cerita yang ada memang sama.







1)  Kebanyakkannya mesti mencari keluarga yang hilang.



2)  Kamera suka main zoom-zoom muka. Konon saspenlah tu.



3) Contoh : Parjo sedang mencari Joko. Padahal Joko ada lalu kat belakang atau sebelah dia. Tu pun tak perasan. Banyak kali macam tu.



4)  Suka monolog dengan muka-muka dia sekali. Yang pasti kening mesti terangkat-angkat.




5)  Episod pulak tak nak kalah. Beratus-ratus. Walaupun tak semua tapi episod tetap dikira banyak gak.




6)  Mesti ada lari-lari atau jalan-jalan dalam hujan.



Itu je yang aku perasan. Korang ada apa-apa nak tambah?


Tuesday 24 May 2011

aku + artis = jadinya??

Assalamualaikum.

Ini adalah first entry aku bagi salam.

Disebabkan aku takde kerja sepanjang harini, aku buatlah sesuatu yang baru. Tak kan aku nak serbu-blog (blogwalking) sepanjang hari je kan? Bosanlah pulak sebab hari-hari aku buat tu je.

So, hari ini, aku main morphing. Aku tak tahu apa maksudnya. Jap, aku Google. <-- bengong


Morphing is a special effect in motion pictures and animations that changes (or morphs) one image into another through a seamless transition.



Faham? Tak faham pergi check kamus.



Di bawah ini adalah gambar-gambar yang aku dah morph. Bukan MOP! Haha. Tengoklah kalau sudi.

aku + avril lavinge

aku + cristiano ronaldo

aku + gerard way (my chemical romance)

aku + justin bieber

aku + katy perry

aku + megan fox

aku + mr. bean

aku + paris hilton

aku + robert pattison

aku + zac efron



Banyak pulokk gambar yang aku tunjuk. Okey-okey, bawah ni last punya.






aku + hayden panettiere + robert pattison + demi lovato

Semuanya handsome-handsome dan comey-comey. Mari muntah beramai-ramai.

Kalau berminat, jom try. www.morphthing.com



Monday 23 May 2011

Komik - Handphone Baru




Sunday 22 May 2011

Komik - Earphone di Telinga




Saturday 21 May 2011

tren batik

     Kalau kita ushar tren kat Malaysia ni kan, apa korang perasan kat body tren tu? Ada gambar. Ya, pandai anak-anak aku ni. Ada gambar, senang kata iklanlah. Iklan kereta, iklan iPad, iklan berunsur pelancongan dan juga pelacuran. Eh! Pelacuran tak ada. Aku saja je nak test korang.

     Macam Kat Indonesia kan, dorang punya idea nak melestarikan batik tu, dorang tampal corak batik kat tren tu. Lawa. Tak caya try tengok.


















      Yang last tu kalau kain batik kena hujan habis basah.



Friday 20 May 2011

Activate Dislike Button Revolusi Baru

     Korang ada online Facebook (FB)? Gilalah kalau takde. Mungkim belum online lagi tu mungkin aku percayalah.


 
Ingat tak sebelum ni pernah jadi kes macam kat bawah ni.









Sekarang ni ada pulak kes baru.








 Korang rasa ni Spam lagi kan? Sebab aku memang tak tekan. Kalau spam tak apa lagi. Macam mana pulak kalau itu virus? Oh my goat!!

p/s : Janganlah nak gebang lebih.



Thursday 19 May 2011

ANDAI KEKASIHKU DIKEBAS ORANG ! BEN ASHAARI KATA LA ..






ANDAI KEKASIH KU DIKEBAS ORANG .. APA YANG AKAN AKU BUAT PADA MASA ITU JUGA ?





     Andai kekasih saya dikebas orang, time tu jugak saya akan menangis. Menangis semahu-mahunya. Saya tak akan biarkan buah hati saya itu sewenang-wenangnya dirampas orang lain. Saya akan pujuk dia balik agar dia kembali ke pangkuan saya.





     Dia adalah perkara yang terindah di dalam hidup saya. Walau saya disakitinya, saya tetap mahu bersamanya. Hidup seolah-olah berada di dalam dunia yang gelap tanpanya. Mungkin itu semua adalah salah saya yang tidak membuatnya bahagia apabila dia bersama saya. Disebabkan itu, dia pergi meninggalkan saya dan bersetuju untuk hidup bersama orang lain.



     Apa-apa pun saya tetap akan memujuknya kembali sampai saya dapat memilikinya kerana saya cinta dia laju-laju!




Kartun - Tragedi Sinetron

    


Aku suka tengok tv cerita Indonesia. Tiap petang pukul 2 pasti aku akan buka TV3 untuk menonton sinetron.


Setiap hari aku akan layan sinetron tu tak kiralah berapa episod pun.



Dah lama-lama aku jadi bosan sebab sinetron ni rata-rata aku tengok jalan ceritanya sama je. Sungguh ntah hape-hape. Penat tau tak aku layan beratus-ratus episod.


Sejak itu, bila pukul 2 je aku dah malas dah nak layan sinetron. Tak kisahlah kat mana-mana stesen tv pun. Aku dah muak. Aku udah capek sama sinetron yang jalan ceritanya tetep aja serupa!


p/s : Lukisan pertama aku lupa nak lukis kaki.




Fuuu-man


This is what we called,
THE REAL FUUU-MAN!!







Wednesday 18 May 2011

Lelaki Waras dengan Hobi yang Gila

     Masing-masing ada hobi kat dunia ni. Macam kau, aku tahu hobi kau dengar lagu. Kau pulak hobi kau suka tidur. Ya, aku tahu tu sebab aku kan nujum pakcik kepada belalang. Okey, tak kelakar. Tapi kita gelak je sebab nak jaga hati. Ha, ha, ha (gelak tak ikhlas).


aku saja je letak gambar perempuan yang tengah tidur


     Ya, aku tahu kadang-kadang aku salah meneka. Hobi kau memanglah bukan dengar lagu atau tidur. Mungkin hobi kau pelik sikit macam kumpul pemadam ke, kumpul setem ke (erghh, skema), kumpul kad topap ke, kumpul komik ke sampai kau dicop sebagai otaku.

     Tapi! Hobi kau bukanlah yang paling pelik dan berbahaya sekali di dunia (perkataan merbahaya adalah penggunaan tatabahasa yang salah kerana merbahaya tiada diguna pakai di dalam Bahasa Melayu. Merbahaya itu sebenarnya marabahaya).

     Di bawah ini adalah lelaki yang mempunyai hobi yang pelik dan berbahaya. Korang berani tak nak ada hobi macam pakcik ni?



     Hambik ko. Beso gambo aku bagi. Pakcik ni hobinya bermain dengan kematian a.k.a playing dead. Aku tak tahu apa motif dia tapi itulah hobinya. Umurnya 40-an nak masuk ke-50 jugak. Ada anak bini lagi. Anak enam orang. Mesti keluarganya risau sebab dia ni suka pulak main mati-mati.



     Nama popular dia Dead Body Guy. Nama memang nak top je. Hobi dia ni, bila dia dah main mati-mati tu, dia akan tangkap gambar dia, tak pun rakam jadikan video. Dia ni selalu berangan nak berada dalam filem, paling koman pun dalam drama TV. Aku rasa bila dia main mati-mati ni mesti dia rasa macam, wow! I'm a film star. LOL.





     Dan bersyukurlah sebab impian dia pun dah terlaksana. Sekarang ni dia dah pun muncul dalam beberapa filem seperti Stiffs dan Thankskilling.

"Nah, sekarang saya fikir sebahagian besar dari anda sudah membaca cerita saya atau telah mendengar tentang pencarian saya untuk berada di sebuah acara TV atau filem dengan bermain mati-mati. Saya sangat bebesar hati untuk memberitahu bahawa impian saya memang menjadi kenyataan", kata pakcik tersebut.

     Hobi kau sangat peliklah pakcik. Aku tak respect pun dengan hobi kau. (Jahatnya aku. Eh, tak. Nakal je.)

Sumber :
www.oddee.com
www.deadbodyguy.com

Komik - Bila Hujan





Upload Game, Publish, Dapat Duit

     Hoyeah! Kini dengan internet dan bakat, senang je kita boleh dapatkan duit. Macam ni je. *petik jari*. Kalau kita ada blog, kita boleh buat duit dengan Nuffnang. Kalau kita ada Facebook dan Twitter atau apa-apa je, kita boleh buat duit dengan Churpchurp atau Says.

     Tapi tu semua orang dah tahu!

     Mungkin ini korang belum tahu lagi. Mungkin ada yang dah tahu. Kita boleh buat duit dengan games! Ya! Aku tak tipulah. Aku dapat tahu ni pun sebab aku selalu main game Didi. Ops! Terkantoi sudah. Hahak!



Bila korang buka web ni, akan terpampanglah bendalah ni.




Korang kena sign up dulu. Lepas login, benda ni pulak yang terpampang. Earning aku kosong sebab aku tak pandai buat games. =.=''



Korang boleh masukkan game korang.



Keluar seperti ini.











Korang boleh main game sekali malah berkali-kali kat dalam ni.



 "Mochi offers advertisers access to an extremely responsive audience by embedding Flash video and static advertising into natural and expected breaks in gameplay. We have relationships with thousands of Flash game developers, powering their games across tens of thousands of websites from social networks and blogs to casual gaming sites. Our network delivers results with premium high-impact ads that typically perform in the 3-6% CTR range!"



Siapa-siapa yang pandai buat game, cepat-cepatlah sign up. Ada peraduan. Hadiahnya lumayan gilak!



p/s : Kalau ada yang pandai buat game dan dah publish kat mochi ni, please, adakan tutorial. Ajar kitorang semua. Okey? This best bro.


Sumber:



Tuesday 17 May 2011

Ketahui Jenis Rambut dan Syampu yang Sesuai

     Rambut bukan je merupakan mahkota wanita malah lelaki pun sekarang ni dah pandai jaga rambut. Ini ada satu tempat syiok untuk korang tahu pasal rambut. Aku dah try. Best gilak!






Kat sini korang boleh tahu macam-macam tips pasal rambut.


Kat atas inilah korang boleh baca tips penjagaan rambut. Ada banyak lagi.



Latest hair!

Kat sini korang boleh tahu rambut korang rosak ke, apa ke, pastu pilih syampu yang sesuai. Best kan?



Bila korang dah tekan, akan keluarlah paparan macam ni. Pilih mana-mana orang yang korang berkenan. I mean, syampu.



Korang jawablah soalan yang ada dan korang akan dapat result pasal jenis rambut korang.




Bila dah tahu jenis rambut, daftar kat sini kalau suka untuk dapatkan sample kot. Huhu!



Ada peraduan jugak! Syiok gilak!


     Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi aku malas nak explain lagi sebab aku nak korang pergi ushar sendiri. Dekat sini! Kalau link tu broken, korang boleh klik sini jugak.


Semoga Berbahagia Dengan Rambut Korang! 

Sumber :




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...