Monday 13 June 2011

Mengejar Fiyan #2

     Aku duduk di koridor. Kegelapan malam membuatkan aku tidak dapat melihat apa-apa di hadapan. Hanya telingaku sahaja yang dapat menangkap bunyi ombak laut yang menghempas ke pantai. Sesekali angin meniup rambutku sehingga menutupi mataku. Aku mengikat rambutku yang ikal panjang ke bahu dengan menggunakan getah rambut.

     “Apa yang Fiyan menungkan?”,dengan pantas, aku memandang ke kiri. Aku tersenyum. Ibu.

     “Tak ada apa-apalah, bu”, aku memandang ke langit melihat bulan dan bintang yang ditutup awan. Mungkin itu satu petanda yang hujan akan turun tidak lama lagi.

     Tijah hanya berdiri di pintu. Asyik memandang aku dan berharap agar aku memberikan satu jawapan yang benar tapi satu kekecewaan yang dapat aku berikan. Tijah masuk semula ke dalam.



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



     Hari ini merupakan hari kedua aku berada di sini. Selepas sarapan bersama keluarga, aku terus duduk di sebuah kerusi yang berbumbungkan pohon yang rendang. Aku memandang ke arah kolam sambil menongkat dagu.

     Esya yang sedang duduk di sebelah aku sambil melayan lagu Hotel California di MP3nya memandang aku. Mungkin setiap bait-bait lirik dia tidak menghayatinya sebaliknya hanya memandang aku yang sedang bermenung.

     Risau dengan keadaan aku, dia mematikan MP3nya, “Esya kenapa dengan kau?”

     Aku terus bersuara tanpa memikirkan apa-apa, “kau rasa dia dah kahwin?”

     Esya tidak mengerti. Tanpa rasa malu dia bertanya lagi, “siapa yang dah kahwin?”

     Aku memandag wajah ayu Esya. Jelas terpancar kebimbangan pada wajahnya.

     Aku menghela nafas panjang dan menceritakan apa yang terbuku, “semalam, semasa di kolam....”



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



     Aku merasa lega setelah aku menceritakan segalanya kepada Esya sebentar tadi. Memang betul kata orang, kalau ada masalah, kita harus meluahkannya kepada orang yang kita percaya. Barulah rasa lega di hati. Selepas aku berkongsi masalah aku, Esya dengan senang hati mengajak aku mandi laut pula hari ini. Memang cukup menggembirakan apabila aku bisa melakukan hal seperti anak-anak kecil.

     Kami ketawa-ketawa riang sambil Esya mengejar aku. Aku terus berenang dan berenang agar Esya tidak dapat menangkap aku. Tiba-tiba, aku terlanggar sesuatu. Sesuatu itu adalah seseorang. Dia timbul dari dalam laut selepas berendam di dalam air masin itu.

     Aku yang terkejut terus meminta maaf dari seseorang itu tanpa melihat wajahnya.

     Tiba-tiba satu suara garau mengetuk gegendang telingaku, “Fiyan?”

    Lantas aku memandang muka seseorang itu.





3 comments:

Miera Hassan said...

wow... makin menarik lak cerita ni... bila nak sambung ni.. tersangkut2 baca.huhu

Mashe said...

owh... adakah org yg sama tegur esya tuh?

littledolphin said...

MENARIK! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...