Aku terkejut. Terus aku berenang-renang ke arah Esya. Esya yang memahami terus mengajak aku pulang ke hotel. Aku turutkan sahaja.
“Fiyan, kenapa kau masih nak fikirkan dia lagi? Dia tu pernah meninggalkan kau kerana perempuan lain yang lebih cantik, lebih seksi dari kau. Kau janganlah nak ingatkan dia balik. Aku rasa, budak yang berenang dengan dia kat kolam tu pun anak dia. Entah-entah, dia tu dah kahwin dengan perempuan yang dia nak sangat tu sampai sanggup dia tinggalkan kau”, kata-kata nasihat daripada Esya sebentar tadi masih jelas lagi aku ingat dan kini ia terngiang-ngiang dibenakku.
Aku berjalan sambil Esya memimpin tangan aku menuju ke arah hotel. Air mataku menitis tanpaku pinta. Apa yang mampu aku buat hanyalah berjalan dengan pantas dan tunduk supaya orang lain tidak sedar bahawa air mata aku sedang mengalir.
Dalam keadaan basah, Esya membawa aku duduk disebuah bangku di tempat yang agak terpencil, jauh dari orang ramai. Hanya Esya sahaja yang menyedari bahawa aku sedang menangis.
“Sebenarnya, saya sudah lama sukakan awak. Pertama kali saya pandang awak, masa tu awak tengah tersenyum. Sungguh, awak ni sangat cantik bila senyum macam tu. Sudi tak awak jadi girlfriend saya?”, kata-kata lamaran daripada Azrai mengganggu mindaku membuatkan hati aku tidak merasa tenang.
“Selamat hari jadi, Fiyan! Nah, Azrai hadiahkan Fiyan sekotak coklat berbentuk love. Yan suka tak?,” air mata aku terus mengalir. Dia tahu kesukaanku. Kotak coklat itu masih lagi aku simpan elok di rumah.
“Fiyan, janganlah menangis. Rai tak suka tau tengok Yan menangis. Tak comellah macam ni. Kena reject kerja je pun. Nanti Rai belanja Yan aiskrim, okey? Alo bucuk-bucuk”, Azrai sangat manjakan aku dan dia sanggup buat apa sahaja asalkan aku tersenyum kembali.
“Azrai janji tak tinggalkan Fiyan”, air mataku mengalir lagi deras tatkala mengenangkan janji dia yang satu ni.
Esya memeluk tubuhku. Memberikan aku kekuatan supaya aku merasa tenang. Bodohnya aku mengeluarkan air mata hanya kerana Azrai yang sudah pun mempunyai keluarga sendiri.
“Fiyan, janganlah menangis lagi. Sebab tu aku tak nak bawak kau masuk bilik. Nanti apa pulak mak bapak kau cakap bila nampak kau menangis macam ni”, pujuk Esya. Satu-satunya sepupunya yang amat rapat dengan aku.
“Tapi Esya, kenapa dia tinggalkan aku?”, aku bersuara dalam nada yang sebak.
“Sudahlah tu Fi....”, tidak sempat Esya menghabiskan bicara, tiba-tiba ada satu suara yang mencelah.
“Maafkan Azrai.”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku memandang Azrai yang sedang berdiri tegak di hadapan kami. Cepat-cepat aku mengusap air mata lalu aku beredar meninggalkan tempat itu. Azrai dengan pantas menghalang aku daripada pergi dengan memegang erat tanganku.
Aku memandang Azrai dengan mata yang sembap akibat menangis kerana perkara yang bodoh. Aku memandang Esya dengan harapan dia membantu aku tapi Esya hanya mampu berdiri dan membalas pandanganku saja.
Aku tidak boleh berdiam diri. “Kau tak tahu mana halal dan haram? Lepaskan tangan aku! Kau tak berhak menyentuh aku sebab aku bukan isteri kau! Sekarang kau pergi dari sini dan jangan jumpa aku lagi hanya kerana kau nak sentuh aku je”, marahku terhadap Azrai.
Dengan pantas Azrai melepaskan tanganku. Aku terus berlalu pergi meninggalkan Azrai tanpa sepatah kata pun.
Setibanya aku di bilik hotel aku terlupa akan Esya. Aku telah meninggalkan Esya bersama Azrai!
6 comments:
sedih pulak aku baca part nih...
btw, cerita ko bagus la....
wah ada novel bersiri...good..awe akan bace selalu :)
sedih... huhu..
boleh buat buku cerita.
Oh tidak....
Katak boleh rawat Kanser
cik mushroom,
siyan si fiyan tu...pe la gak nya sebab si azrai tu tinggalkan fiyan?
Post a Comment