“Ha, dah balik pun. Mana Esya?”, Tanya Tijah sejurus melihat aku berjalan masuk menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Aku berhenti seketika.
“Err.. Ibu, Esya ada kat bawah. Dia kata belum puas berenang lagi”, selepas memberikan alasan yang aku rasa cukup kukuh, cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik air.
“Abang, pelikkan anak kita tu?”, Tanya Tijah kehairanan kepada suaminya, Rashid.
“Biarkanlah dia tu”, Rashid yang sedang menonton televisyen hanya menjawab malas.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pintu dikuak. Tijah dan Rashid memandang serentak ke arah pintu.
“Esya rupanya”, Rashid berkata.
Esya hanya tersenyum. Beberapa saat kemudian Esya bersuara, “Mak Lang, Pak Lang. Ada tetamu”.
“Kat hotel pun kita ada tetamu jugak ke?”, bisik Tijah kepada suaminya, Rashid.
Pintu dibuka luas. “Masuklah”, Esya menjemput Azrai masuk.
Azrai masuk dan bersalaman dengan Tijah dan Rashid. Esya terus masuk ke dalam bilik air. Aku ternampak Esya melintasi bilik. Terus aku memanggilnya.
“Esya!”, Esya memandangku.
“Apa? Weh, aku tengah basah ni. Nantilah, okey. Aku nak bersihkan badan sekejap”, terus Esya meninggalkan aku terpinga-pinga. Aku cuma nak tahu siapa yang datang.
Aku hanya duduk bersila di atas katil. Fikiranku melayang, teringatkan peristiwa tadi.
“Azrai, kenapa kau dulu kau menghilang dan sekarang kau muncul kembali? Kenapa aku begitu bodoh sampai sanggup menangis kerana kau? Benda ni dah lama berlalu. Tapi luka masih tetap ada”, aku bermonolog sendirian.
Aku terkejut kerana terdengar bunyi pintu yang terkuak. Esya rupanya. Air mata yang mengalir cepat-cepat aku mengesatnya dengan hujung jari.
“Aku tahu kau menangis”, Esya bersuara.
Aku hanya diam. Memandang ke luar tingkap. Tiba-tiba, Tijah masuk ke dalam bilik aku.
No comments:
Post a Comment