Aku menarik nafas lega. Setelah menempuh perjalanan hampir tiga jam, akhirnya aku sampai juga ke destinasi yang dituju, Hotel Tropick Resort. Istimewanya hotel ini ialah ia berdekatan dengan sebuah lautan yang cantik. Amat cantik walaupun tempat ini bukanlah sebuah pulau.
Aku memandang ke sekeliling. Mataku tertancap pada sebuah kolam yang besar. Terdapat ramai pengunjung di sana yang sedang bermandi-manda, tidak kira umur dan bangsa. Lantas aku membisikkan sesuatu di telinga sepupuku, Esya.
“Esya, petang nanti teman aku pergi mandi kolam, okey?”, Esya memandang aku. Tidak sempat dia berkata apa-apa, ayahku tiba-tiba mencelah.
“Fiyan, kau bergosip apa lagi tu? Angkat barang bawak masuk bilik”.
Aku tanpa sebarang bantahan terus mengangkat barang-barang masuk ke dalam bilik hotel.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Selepas aku mengemaskan barang-barang aku di dalam almari, aku terus berbaring di sebelah Esya yang sedang asyik melepak di atas katil dengan MP3 kesayangannya. Aku menarik earphone kanan yang ada di telinganya.
Esya terkejut dan bersuara, “kenapa kau ni?”.
Aku cuma tersengih-sengih macam selipar koyak. Sambil berbaring aku membuat gaya kuak lentang di atas katil.
Esya yang memahami maksudku yang mengajak dia mandi kolam terus membantah, “tak naklah aku pergi mandi kolam. Malu siot. Kita dah besar”.
Aku duduk bersila di sebelah Esya dan terus merayu, “come on-lah Esya. Jomlah. Please. Tak kan kau nak melepak dengan MP3 kau je? Benda tu kat rumah pun boleh buat. Sekarang kita kat hotel. Kita lepak kat kolam, lepas tu kita lepak kat laut pulak”.
Esya memandangku. “Oh, Esya! Please bebeh”, rayuku.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku terus menjejakkan kaki aku ke dalam air tatkala aku dan Esya sudah pun tiba di kolam. Sejuk! Aku memandang sekeliling. Memang ramai orang. Kanak-kanak pula menjerit riang lebih-lebih lagi apabila berpeluang bermain gelongsor air.
Aku memandang ke arah Esya yang berada di belakangku, “weh, sinilah masuk”.
Esya hanya menggeleng. “Bajet cunlah tu! Sebab tu kau tak nak mandi sekali kan?”, getusku di dalam hati.
Terus aku menarik Esya masuk ke dalam kolam. Habis basah kami berdua. Kami hanya ketawa tanpa mempedulikan orang-orang sekeliling.
“Jahatlah kau, Fiyan”, Esya mula bersuara selepas puas ketawa.
Aku hanya mampu tersenyum sehingga menampakkan baris gigiku yang putih tersusun. Tiba-tiba, mataku tertarik pada seorang jejaka berbaju biru yang sedang berseronok berendam bersama seorang kanak-kanak perempuan. Bibirku tidak mengukirkan senyuman lagi.
Bersambung...
3 comments:
malu ke marah ke..? hehe! :-)
haha.. oh cinta di kolam???? bestnye,lama xmandi kolam..
pwh? jumpa ex bf lettew...
Post a Comment