Wednesday 18 May 2011

Lelaki Waras dengan Hobi yang Gila

     Masing-masing ada hobi kat dunia ni. Macam kau, aku tahu hobi kau dengar lagu. Kau pulak hobi kau suka tidur. Ya, aku tahu tu sebab aku kan nujum pakcik kepada belalang. Okey, tak kelakar. Tapi kita gelak je sebab nak jaga hati. Ha, ha, ha (gelak tak ikhlas).


aku saja je letak gambar perempuan yang tengah tidur


     Ya, aku tahu kadang-kadang aku salah meneka. Hobi kau memanglah bukan dengar lagu atau tidur. Mungkin hobi kau pelik sikit macam kumpul pemadam ke, kumpul setem ke (erghh, skema), kumpul kad topap ke, kumpul komik ke sampai kau dicop sebagai otaku.

     Tapi! Hobi kau bukanlah yang paling pelik dan berbahaya sekali di dunia (perkataan merbahaya adalah penggunaan tatabahasa yang salah kerana merbahaya tiada diguna pakai di dalam Bahasa Melayu. Merbahaya itu sebenarnya marabahaya).

     Di bawah ini adalah lelaki yang mempunyai hobi yang pelik dan berbahaya. Korang berani tak nak ada hobi macam pakcik ni?



     Hambik ko. Beso gambo aku bagi. Pakcik ni hobinya bermain dengan kematian a.k.a playing dead. Aku tak tahu apa motif dia tapi itulah hobinya. Umurnya 40-an nak masuk ke-50 jugak. Ada anak bini lagi. Anak enam orang. Mesti keluarganya risau sebab dia ni suka pulak main mati-mati.



     Nama popular dia Dead Body Guy. Nama memang nak top je. Hobi dia ni, bila dia dah main mati-mati tu, dia akan tangkap gambar dia, tak pun rakam jadikan video. Dia ni selalu berangan nak berada dalam filem, paling koman pun dalam drama TV. Aku rasa bila dia main mati-mati ni mesti dia rasa macam, wow! I'm a film star. LOL.





     Dan bersyukurlah sebab impian dia pun dah terlaksana. Sekarang ni dia dah pun muncul dalam beberapa filem seperti Stiffs dan Thankskilling.

"Nah, sekarang saya fikir sebahagian besar dari anda sudah membaca cerita saya atau telah mendengar tentang pencarian saya untuk berada di sebuah acara TV atau filem dengan bermain mati-mati. Saya sangat bebesar hati untuk memberitahu bahawa impian saya memang menjadi kenyataan", kata pakcik tersebut.

     Hobi kau sangat peliklah pakcik. Aku tak respect pun dengan hobi kau. (Jahatnya aku. Eh, tak. Nakal je.)

Sumber :
www.oddee.com
www.deadbodyguy.com

10 comments:

Abu Bagi said...

hobi aku pula masuh kain..ok tak? hahaha

Daniel Ihsan said...

dia teringin nak jadi mayat dalam CSI kot...hahaha..ok la tu dari hobi buat video 3gp..XD

Membunuh Menggunakan Sudu

Daddylicious said...

gila sangat ...

Miecyber said...

Ngerinya hobi....

Saya ada tambah vidoe dalam entri terbaru saya,sila jenguk smeula yer..

Seluruh Rakyat Malaysia Di Seru Turun Beramai-Ramai Ke Perarakan Bantah Lynas Dari KLCC Ke Kedutaan Australia Pada Hari Jumaat 20 Mei Ini

Syafiq Rosli said...

adeh..ade jgk hobi mcm tuh eh..

mushroom said...

@ABU
masuh kain? mungkin kau nak sebut basuh kain kot. okelah tuh.. leh buka kedai dobi :P

@Daniel Ihsan
haha aha.. kalau buat 3gp,sumpah aku tanak tgk hahak

@daddykoolz
memang gilak tp tuh la yg dia ske. ngeng =.=''

@Miecyber
memang pun.. x senunuh hobinya tu

@Syafiq Rosli
Ada.. ntah apa2 kan

mykhalis said...

suka main mati2..agaknya bila la nak jadi betul2 kan? mst orang dah tak heran time tue

iniialahaku said...

bgus hobi dia ni...ingat kpada kmatian...hahaha

Udin said...

hahaha.. haru sungguh pak cik ni.. kalau dia betui2 mati kompem org igt main2 aja.. ;p

mushroom said...

@mykhalis
mesti punya orang x heran sebab suka sangat main mati2.. gilak duh

@iniialahaku
haha kalau ingat pada kematian tapi x tobat2 x guna gak

@udin
memang pun. macam cerita budak yang jaga kambing yang kunun2nya ada serigala makan tuh huhuk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...