Tuesday, 17 May 2011
12 Sebab Kau Masih Single
Kalau kita perhatikan, rata-rata orang sekeliling ni ramai yang dah ada kekasih. Tak kisahlah kekasih gelap ke, terang ke, sama jugak tu dah dikira sebagai couple. Walaupun dia hanyalah kau punya skandal. Tak pun kau anggap dia sebagai bohsia. Oh, tidak! Apa yang aku dah merepek ni.
Sebenarnya aku nak cerita kenapa kau masih lagi single sedangkan kau tu sebenarnya dah patut ada teman hidup untuk diajak menikah. Jangan kahwin sebelum nikah. Ingat tu!
1. Kau asyik sibuk nak berskandal. Kau takde rasa pun nak ada hubungan yang serious. Kau lebih suka kalau awek / balak keliling pinggang.
2. Kau masih hidup lagi dengan bayang-bayang ex kau yang telah pergi tu. Kau kata, kau terlalu sayangkan dia lagi. Kamonlah bebeh. Wake up. Orang kata, yang baru itu lebih baik dari yang lama. Sampai bila kau harus bersendiri. Sepatutnya kau dah boleh kahwin dah tau.
3. Kau terlalu membenci. Kerana hubungan kau yang lalu telah putus, kau jadi benci dan tak percaya pada cinta. Cinta itu langsung tak bersalah. Yang bersalah tu adalah ex kau. Cinta itu suci. Terlalu suci.
4. Kau terlalu memilih. Ini semua orang tahu. Sudahlah, jangan terlalu memilih. Semua orang tak sempurna.
5. Kau tak pandai jaga kebersihan diri. Mulut kau pun ada bau. Takut nanti couple kau tak nak kiss pulak (untuk dah nikah je boleh buat adegan ni.)
6. Kau tak bersosial. Asyik duduk rumah je. Pergilah bersosial sikit tapi jagalah batas. Kalau tak nak keluar rumah pun, pergi bersosial di lama sosial pun boleh. Haha. Manalah tahu kan ada jodoh.
7. Suka menipu. Ini memang tak boleh. Dalam percintaan tak boleh main tipu-tipu tau. Mula-mula masa tengah dalam proses perkenalan pun kau ada tipu jugak. Memang tak kan tangkap cintanlah budak tu kat kau.
8. Kau merokok. Ada tau yang jenis tak mahu kalau kekasihnya tu smoker. Alasannya, tak nak mati cepat. Orang yang hidu asap rokok kan kesannya lebih teruk.
9. Kau tak hormat orang lagi-lagi family kau. Kita kena hormat family kita lagi-lagi ibu kita. Kalau tak hormat, mesti kau pun tak kan hormat kekasih kau. Sebab tu kau masih lagi single.
10. Bila kau ni jenis panas baran, mesti ada yang takut nak dekat. Faham-fahamlah. Kawal sikit emosi tu, okey.
11. Kau masih lagi tak bekerja. Bila tak kerja, takde duit, awek pun tak lekat kat kau. Tapi kalau perempuan tak kerja, tak jadi masalah kot.
12. Kepada perempuan : kau bohsia. Sebab tu takde yang nak kau. Kalau ada pun, dia cuma nak ambik kesempatan atas diri kau. Berubahlah. Kelak kau akan dapat suami yang baik. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Single itu indah,
couple itu gundah..hehe
@l a l a , S h a h e i l a
setuju.. tapi kadang2 gundah tu yang indah :)
haha.. quite true.. especially number 2 and 6 :)
Post a Comment