Wednesday, 17 August 2011

Kahwin Cepat atau Lambat




sekadar gambar hiasan







Antara kebaikkan kahwin cepat:

  1.  kemungkinan untuk mendapatkan anak yang ramai adalah tinggi
  2. masih kuat tenaga zahir dan batin untuk menjaga keluarga
  3. umur yang muda tubuh masih lagi bergetah


Antara keburukkan kahwin lambat:
  1. mungkin belum bersedia dari segi mental untuk melaksanakan tanggungjawab
  2. kewangan mungkin belum lagi utuh
  3. tidak dapat berfikir secara matang (darah muda selalu panas je)


"Jangan kahwin lambat-lambat. Kahwinlah masa umur kau muda. Bila kau dah umur 25 tahun tapi kau masih lagi tak kahwin-kahwin, mak risau. Bila mudalah kau masih lagi kuat nak tunaikan tanggungjawab kau. Bila kau kahwin muda, dapat anak, mesti orang ingat yang anak kau tu adalah adik kau."



"Kalau kau dah ada kekasih, jangan nak bercinta sangat. Kahwin terus. Takut nanti jadi yang bukan-bukan pulak, keluarga jugak yang malu. Kalau tak ada duit nak kahwin, cakap kat ayah. Biar ayah yang tanggung. Asalkan korang tak buat dosa. Duit tu nanti bila-bila masa je korang boleh ganti. Yang penting maksiat dijauhkan."



Umur aku tak sampai 20 tahun lagi tapi mak ayah dah suruh kahwin cepat.


Apa cer?







Wednesday, 6 July 2011

Wordless Wednesday #6






Saturday, 2 July 2011

Blogger Mangsa MLM

Ini adalah kisah benar daripada pengalaman seorang blogger berkaitan dengan MLM. Nama yang terkandung hanyalah nama samaran sahaja.
Rina adalah seorang kawan lama yang sudah lama tak keep in touch. Tiba-tiba pada hari itu...

HARI PERTAMA

Waktu malam.
Handphone berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Rina : Weh! Esok jom ikut aku pergi keluar.

Fifi : Keluar? Pergi mana?

Rina : Ala, jomlah. Dah lama tak lepak dengan kau doh. Sejak aku dah stop kerja ni aku nak lah jumpa kau, lepak sama-sama dengan kau.

Fifi : Tengoklah macam mana. Pukul berapa?

Rina : Nanti aku bagi tahu okey. Yang penting kau kena setuju nak pergi ke tak.

Fifi : Okey.


HARI KEDUA

Waktu pagi.
Handphone berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Rina : Weh, kau jadi tak nak keluar hari ni?

Fifi : Sorry lah. Aku tak nak keluarlah weh. Mak aku tak kasi (sebenarnya malas). Lagipun kau nak ajak aku pergi mana?

Rina : Aku nak ajak kau pergi makan je. Tapi tak apalah kalau kau tak boleh nak keluar.


Waktu malam.
Handphone berbunyi menandakan Rina call.

Rina : Helo, Fifi.

Fifi : Ya?

Rina : Esok jom keluar?

Fifi : La? Tadi baru je kata tak boleh tak kan hari ni kau nak ajak lagi keluar esok? Pergi mana?

Rina : Ala, jomlah. Lama tak jumpa kau doh. Aku rindu kau doh. Kita pergi makan kat Salak Selatan.

Fifi : Ha ya, okeylah.


HARI KETIGA

Waktu pagi.
Fifi sedang berjalan bersama Rina. Tak sangka yang Rina ada membawa seorang kawan. Manakala kawan tersebut membawa seorang lagi kawan.
Kalau tak faham, tengok ni.

Tapi Fifi takdelah nak berkenalan dengan Malik. Masing-masing buat dek je.
Fifi follow je Rina sambil borak-borak.

Fifi : Rina, kau nak ajak aku pergi makan kat kedai mana ni?

Rina : Adalah. Ala, kau ikut jela.

Sebenarnya dalam hati Fifi dah tak sabar lagi dah nak pergi makan.
Dalam kepala hotak dah plan dah nak makan nasi goreng USA dengan air carrot susu.



Fifi : Weh, jauh siot. Mana doh kedainya?

Rina : Jap lagi sampailah. Sabarlah.

Tiba-tiba Rina dan Asmah terus masuk ke sebuah pejabat. Fifi dengan Malik dah pelik dah.
Fifi dan Malik pun ikut jela Rina dan Asmah tu masuk ke dalam pejabat yang berada ditingkat atas.

Fifi : Kata tadi pergi makan?

Rina : Kau duduk jela kat sini jap.

Fifi pun duduk jela kat dalam tu. Bilik tu kira luaslah jugak. Tahu tak macam mana keadaan bila kau pergi seminar? Ha, sebijiklah macam tu. 


Fifi dengan Malik duduk je. Rina pun duduk jugak temankan Fifi. Tapi Asmah takde pulak.

Fifi : Weh, kawan kau mana?

Rina : Dia jumpa orang.

Maka pada petang itu bermula seminar tersebut.
MC itu membebel-bebel mempromosikan produk beliau.
Wah! Bersemangat sekali!

Fifi : Weh, apa ni? Dia promot barang budak sekolah doh. Aku dah habis sekolah dah.

Rina : Ala, kau dengar jela.

Fifi diam je sambil mendengar MC pot pet pot pet. 
Sakit telinga bila beliau berkata, "HEBAT!!!" dengan nada yang kuat sekali.
Lepas dah habis promot produk, beliau dan rakan-rakan seangkatannya mempromosikan, argh!! MLM.

Bila habis je, Fifi terus sumpah seranah dalam hati.
"AKU DAH LAH TAK MAKAN DARI PAGI SEBAB MATI-MATI INGATKAN BUDAK TU BAWAK AKU PERGI MAKAN!"

"BODOH GILA MLM TU, DAH LAH TARGET KORANG BUDAK-BUDAK YANG TAK BEKERJA. SAJA NAK MAKAN DUIT BUDAK-BUDAK." 

"RUPANYA-RUPANYA RINA NAK AKU JADI DOWNLINE DIA SAMPAI SANGGUP MENIPU!!"

Fifi : Asmah, kau join MLM kau bayar RM2488 kan? Berapa kau dapat?

Asmah : I baru je dapat RM300.

Tak balik modal langsung~

Habis lebur duit RM70 aku! Err, bukan aku. Fifi.



Wednesday, 29 June 2011

Wordless Wednesday #5




Monday, 27 June 2011

Meh Kita Diet Beramai-Ramai

     Rakyat Malaysia ni ramai yang gemuk-gemuk. Dah tu pulak ramai yang nak diet. Termasuklah aku yang gemuk dan nak diet sekali. Huhu!

     Tahu tak kenapa ramai yang diet tapi tak berjaya pun turunkan berat badan? Sebab, niat kau nak diet sebab nak kurus, bukan diet sebab nak sihat. Cuba kalau kau psyko fikiran kau tu kepada diet sebab nak sihat. Gerenti akan berjaya punya. Statement ini fakta tau. Aku pernah terbaca kat satu majalah tapi dah lupa lak. Huhu!




     Kalau nak diet kena tahu BMI korang dulu. Barulah boleh target berat badan ideal korang. Kalau belum tahu BMI korang, meh kita ukur sama-sama meh dengan menekan link ini (kau open new tab sendiri).

< 18.5kurang berat badan
18.5–24.9normal
25.0–29.9terlebih berat
30.0–34.9obesiti kelas I
35.0–39.9obesiti kelas II
≥ 40.0 obesiti kelas III

     Amacam? Jom diet beramai-ramai. Tapi sebelum tu kita makan GCB dulu, okey. GCB sedap tau.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...