Wednesday 7 September 2011

Korek Telinga Itu Haram

   




     Ya, memang itu fakta. Korek telinga itu adalah haram.Pelik dan aneh bunyinya kan. Tapi itu adalah kenyataannya.

     Tidaklah haram dari segi agama. Tapi doktor ada menasihatkan supaya janganlah rajin sangat nak korek-korek telinga. Sebab bila kita korek, taik telinga tu atau dipanggil wax ear akan makin masuk ke dalam dan ke dalam dan lama-lama dia akan menjadi mampat. Sebab tu la korang punya pendengaran agak kurang sikit. Senang kata pekak badaklah sebab taik telinga yang mampat tu dah buat kubu betul-betul kat gegendang telinga korang.

     Orang selalu kata, "tu la kau, aku cakap tak dengar. Pekak! Lain kali koreklah telinga kau tu". No! No! Salah weh! Jangan korek telinga menggunakan cotton buds. Kalau nak guna yang besi tu pun jangan nak korek sembarangan sebab takut nanti terbocor lak gegendang telinga kau.

     Lagi-lagi kalau kita korek menggunakan cotton buds. Ya, stim memang stim sebab gatal kan. Dapat korek, pergh, memang sedap tak hengat dunia punyalah. Tapi, pernah terjadi kes yang kapas cotton buds tu tercabut dan tertinggal kat dalam telinga. Kalau nak keluarkan terpaksalah jumpa doktor pakar.

     Lagi satu, bila guna, kemungkinan akan berlaku telinga bernanah. Sebab cotton buds tu pada kapasnya terdapat bakteria dan kuman-kuman yang kita tak nampak. So, memang senang nak kena jangkitan kuman kat telinga dan seterusnya berlakulah nanah dalam telinga.

     Sebelum nak kena telinga bernanah tu, korang akan rasa telinga korang tu, pergh gatal semacam. Nak je korek-korek. Lalu korang pun dengan pantas pergi ambik cotton buds / besi pengorek telinga tu untuk korek telinga. Masa tengah korek tu, mata pulak terpejam-pejam sebab stim sangat korek telinga yang sedang gatal tu.

     Selepas dah kena macam tu, tak payah nak tunggu lama-lama. Selalunya tengah-tengah malam ketika sedang lena dan enak diulit mimpi, masa tu lah penyakit telinga bernanah akan menyerang. Woho! Memang sakit tak terkira. Masa korek siang tadi memang sedap. Tapi bila ia datang menyerang, sakit yang datang memang tak hengat punya. Korang akan terguling-guling di atas katil sambil memegang telinga sehingga membuatkan korang menangis kesakitan. Ia berdenyut-denyut dan diulangi, sakit tak hengat punyalah.


geli shial!




     So, janganlah nak korek sangat kalau tak nak telinga tu bernanah. Sudahlah sakit terguling-guling, telinga korang juga akan mengeluarkan air secara berterusan. Berterusan! Dalam masa yang sama tu ada rasa gatal-gatal jugak serta akan membuatkan korang mengambil keputusan untuk melegakan kegatalan tersebut dengan mengorek telinga. Makin dikorek, makin sedap. Air nanah juga akan keluar semakin banyak. Risiko untuk pekak adalah tinggi sebab akan menyebabkan gegendang telinga korang berlubang. Masa tu terpaksalah membuat pembedahan kecil dengan memotong sedikit telinga di bahagian belakang. Lupa nak kata, masa korek-korek tu, telinga juga akan mengeluarkan darah bagi barangsiapa yang korek terlalu ganas. Yes!

     Untuk nak ubati penyakit telinga bernanah ni, agak makan masa jugaklah. Mula-mula, korang mesti akan pergi klinik biasa. Ya, tak kisahlah. Tapi lepas tu korang kena jumpa doktor pakar (selalu di Hospital Besar Kuala Lumpur) sebab doktor dari klinik biasa tu yang suruh. Jangan melawan. Pergi jela.

     Bila dah pergi HKL, tunggu lama-lama tu memang perkara biasa. Datang pagi tapi tengahari nanti barulah nama korang dipanggil. Doktor akan cek telinga korang dulu. Tanya dah berapa lama kena, ada pening ke tak, demam ke dan macam-macam lagi.

     Seterusnya kena tunggu lagi untuk kali kedua. Then, barulah korang akan di cek lagi. Doktor akan suruh korang baring. Seterusnya dia akan bersihkan telinga korang dari taik-taik telinga yang mengeras tu. Jangan risau. Tak sakit langsung. Memang sedap berganda sedap dari korang korek telinga sendiri. Dia membersihkan telinga dengan menggunakan air saja. Mungkinlah. Untuk maklumat lanjut sila bertanya sendiri kepada doktor. Haha! Oh ya, doktor akan membersihkan kedua-dua belah telinga korang.

     Selesai! Selepas itu korang akan menunggu pula buat kali yang ketiga untuk mengambil ubat. Depends ubat apa yang doktor nak bagi. Ubat tahan gatal, tahan sakit, ubat titis, dan antibiotik. Itu yang biasanya yang diberi.

     Kemudian, doktor akan tetapkan temujanji dengan korang. Untuk kesihatan telinga jugakan. Dalam dua bulan sekali korang mungkin akan berjumpa dengan doktor yang ditetapkan.

     Kesimpulannya, ini bukanlah karangan mahu pun esei. Tapi jagalah kesihatan telinga korang. Taik telinga tu tak perlu dibersihkan dengan kaedah korek-korek. Nak bersihkan telinga ada caranya tanpa menggunakan cotton buds / besi. Doktor juga ada menasihatkan, bila gatal je jangan segan-segan untuk korek dengan jari. Tak payah nak beli cotton buds. Jimat! Oh ya, semasa sedang menghidap penyakit telinga bernanah (tak tahulah apa nama saintifiknya) jangan bagi air masuk ke dalam telinga. Ini akan menyebabkan penyakit tersebut bertambah teruk.

     So, jagalah telinga tu baik-baik ya. Nanti pekak pulak jadinya. Biar tak cantik, asal jangan pekak. Untuk nak tahu macam mana nak bersihkan telinga dengan kaedah yang betul, tekan sini.


8 comments:

KAMIHIDUP said...

elakkan.

Syafiq Rosli said...

kena jarang2 korek lah kan..bhya ni

- abdul hadi abdul muti - said...

tahu fakta ni masa tengok cerita puteri. masa tu si kamala tu pekak sebab korek telinga banyak kali. haha

Erol said...

pergh, aku memang selalu korek telinga

Anonymous said...

aah doktor marah kalau korek terlampau-lampau,dulu pernah telinag berdarah lagi sikit nak kena gegendang telinga ,kalau kena habis lah pekak sebelah, seram den

Mek Onie said...

tak pernah korek telinga dengan cotton buds,huhu.....korek yang guna kaler hitam,yang besi tu...

Unknown said...

Sy tgh alami pnyakit tu..mle2 belah kiri..bile da g hospital..just cek pKar tmu jnji lmbt lg..ok da,klu x sekse sgt mkn x blh..ckp pon x blh..now blh kanan pulak!!!sakit x ingat...skit giler!!

Anonymous said...

Lucky Club Casino Site - luckyclub.live
Lucky Club Casino | Lucky Club · 24/7 Online Since 2018. Play Slots luckyclub at the leading gambling site, Lucky Club. Register for free or play now · Slots.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...