Sunday 25 September 2011

Kebijaksanaan Meniru Dalam Exam




Dulu, masa zaman aku sekolah, bila time exam je aku suka meniru.
Aku rajin meniru.
Tak kiralah masa tu ujian bulanan ke, peperiksaan akhir tahun ke, akan aku meniru jugak!
Sebab apa?
Sebab aku ni tak suka menghafal.
Lagi-lagi kalau dia tanya pasal definition dan istilah-istilah segala bagai.

So, malam sebelum aku exam, aku akan buat nota ringkas untuk aku seludup ke dalam dewan exam.
Satu kertas tu penuh dengan segala bagai nota yang ada.
Aku memang suka duduk kat bahagian tepi belakang.
Sebab line untuk aku meniru memang clear lah.

Alhamdulillah, tak pernah pulak aku kantoi.
Bila dah siap aku pas-pas kan nota aku tu kat kawan-kawan aku.

.............................................

Sekarang ni aku dah besar.
Aku sedang belajar di IPT.
Bila ada kuiz, test, aku meniru jugak.
Tak lah tiru banyak.
Aku tiru sikit je.

Tak percaya?

Sebab masa aku sekolah menengah dulu, aku selalu meniru sampai aku dah naik hafal dengan apa yang aku tiru.
Bila aku naik IPT, soalan yang seakan-akan sama keluar dalam aku punya kuiz dan test.
So, aku boleh jawab dengan senang hati.

Bagi aku, tak salah kalau aku nak meniru time exam.
Haha!
Aku tahu, mesti ramai yang kata benda ni salah.
Tapi, macamlah korang tak pernah meniru.
Kan?

Bila aku meniru, aku boleh jawab.
Aku kirakan, masa aku tengah ada exam tu aku sedang mengulang kaji.
Haha!
Nak study kat rumah memang tak sangatlah.
Baca sekilas je.
Mana nak masuk otak sangat.

Lecturer A aku tak kisah aku nak meniru.
Dia ni seorang ustaz.
Sungguh, dia tak kisah kami meniru.
Malah dia sengaja bagi peluang untuk kitorang meniru.

Lecturer B aku kata, jangan meniru.
Nanti ilmu tak berkat.

Aku tak tahu kenapa aku tak setuju dengan kata-kata Lecturer B aku.
Kalau bukan disebabkan aku meniru, aku takde berada di sini, di IPT.

Bagi aku, meniru itu tak salah selagi kau tak meniru semasa di dalam peperiksaan besar macam peperiksaan akhir tahun, SPM dan sebagainya.
Nak tiru, tiru masa test dan kuiz tu kira okey lagi dan takdelah kesalahan besar bagi aku.

Kesimpulannya, bila aku meniru, aku dapat ingat apa yang aku tiru.
Then, bila exam final, aku dapat jawab apa yang aku ingat.

Korang, salah ke apa yang aku buat?
Nak bagi nasihat?
Sila tinggalkan di bahagian komen.
Terima kasih!

Hahahahahahahahahahahahahaha......

6 comments:

Aesya Zealous said...

ade jugak meniru. itupun kalau lec bagi can. kalau die warning, xdela meniru. tp rasanya agak terkesan jugak. mungkin bukan masa sekarang.mungkin masa depan effect..xtau jugak kan.. apa guna kita grad tp dgn hasil kita meniru. meraikan kejayaan meniru ke?? hikhik

budaksetan said...

aku meniru tak pernah kantoi pon, haha

nini said...

kalo ye pon nak meniru tayah la nak bgtau kat orang baik yang tak meniru...bikin sakit hati ma....
hahaha...

Mashe said...

tak salah meniru, asalakan faham apa yg kita tiru tuh. jgn tiru bulat2, dan tak paham apa satu.

kedinkyst said...

hihi setakat ni kite pena tiru untuk kuiz tu sume la kalau exam yang besar2 tal berani oo nak buat...

blog-tips-kurus said...

meniru itu thrill. jangan terhantar 'toyol', dahle... ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...