Monday, 10 October 2011

Halo Moon - Bulan yang Cantik pada Tarikh yang Cantik

Malam tadi siapa yang dapat tengok bulan memang dia adalah orang yang beruntung termasuklah aku. Subhanallah. Bulan malam tadi cantik sangat. Bulan purnama yang dikelilingi oleh satu bulatan yang agak besar juga. Siapa yang tiada kesempatan untuk melihatnya secara 'live', pergh, memanglah rugi.

Aku yang duduk kat bilik terus turun ke tanah lapang sebab nak tengok bulan yang bapak cantik tu. Hehe. Ayat memang tak nak blah kan. Sebab kecantikkannya memang tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata. Maha suci Allah.


Inilah dia bulan yang aku maksudkan tu. Memang cukup cantikkan. Aku pun sebelum ni tak pernah lagi tengok bulan macam ni. Inilah first time aku tengok. Sebelum terjadinya halo moon ni, terdapat kalimah Allah pada bulan tersebut. Hebatnya kuasa Allah kan.


Korang boleh melihatnya dengan jelas terdapat kalimah Allah pada bulan yang dibentuk melalui awan. Tarikh kejadian berlaku ialah pada 9 Oktober 2011 bersamaan 9.10.11.

Ramai yang tertanya-tanya. Macam mana boleh terbentuknya bulatan pada sekeliling bulan tu? Ramai yang menganggap ini adalah gerhana bulan tapi sebenarnya tidak. Ia merupakan Halo Moon.

Halo Moon terjadi kerana terdapatnya hablur ais disekitarnya. Cahaya bulan memantulkan cahayanya pada hablur ais yang ada dan terhasillah gegelung disekitarnya. Sebenarnya sama juga seperti mana kejadian pelangi di mana selepas hujan, cahaya matahari memantulkan cahayanya ke dalam air dan terhasillah pelangi, kan? (Untuk pengetahuan lanjut sila rujuk buku Fizik masing-masing. Haha!)

andaikan sun tu adalah moon. kehkehkeh






Sunday, 25 September 2011

Kebijaksanaan Meniru Dalam Exam




Dulu, masa zaman aku sekolah, bila time exam je aku suka meniru.
Aku rajin meniru.
Tak kiralah masa tu ujian bulanan ke, peperiksaan akhir tahun ke, akan aku meniru jugak!
Sebab apa?
Sebab aku ni tak suka menghafal.
Lagi-lagi kalau dia tanya pasal definition dan istilah-istilah segala bagai.

So, malam sebelum aku exam, aku akan buat nota ringkas untuk aku seludup ke dalam dewan exam.
Satu kertas tu penuh dengan segala bagai nota yang ada.
Aku memang suka duduk kat bahagian tepi belakang.
Sebab line untuk aku meniru memang clear lah.

Alhamdulillah, tak pernah pulak aku kantoi.
Bila dah siap aku pas-pas kan nota aku tu kat kawan-kawan aku.

.............................................

Sekarang ni aku dah besar.
Aku sedang belajar di IPT.
Bila ada kuiz, test, aku meniru jugak.
Tak lah tiru banyak.
Aku tiru sikit je.

Tak percaya?

Sebab masa aku sekolah menengah dulu, aku selalu meniru sampai aku dah naik hafal dengan apa yang aku tiru.
Bila aku naik IPT, soalan yang seakan-akan sama keluar dalam aku punya kuiz dan test.
So, aku boleh jawab dengan senang hati.

Bagi aku, tak salah kalau aku nak meniru time exam.
Haha!
Aku tahu, mesti ramai yang kata benda ni salah.
Tapi, macamlah korang tak pernah meniru.
Kan?

Bila aku meniru, aku boleh jawab.
Aku kirakan, masa aku tengah ada exam tu aku sedang mengulang kaji.
Haha!
Nak study kat rumah memang tak sangatlah.
Baca sekilas je.
Mana nak masuk otak sangat.

Lecturer A aku tak kisah aku nak meniru.
Dia ni seorang ustaz.
Sungguh, dia tak kisah kami meniru.
Malah dia sengaja bagi peluang untuk kitorang meniru.

Lecturer B aku kata, jangan meniru.
Nanti ilmu tak berkat.

Aku tak tahu kenapa aku tak setuju dengan kata-kata Lecturer B aku.
Kalau bukan disebabkan aku meniru, aku takde berada di sini, di IPT.

Bagi aku, meniru itu tak salah selagi kau tak meniru semasa di dalam peperiksaan besar macam peperiksaan akhir tahun, SPM dan sebagainya.
Nak tiru, tiru masa test dan kuiz tu kira okey lagi dan takdelah kesalahan besar bagi aku.

Kesimpulannya, bila aku meniru, aku dapat ingat apa yang aku tiru.
Then, bila exam final, aku dapat jawab apa yang aku ingat.

Korang, salah ke apa yang aku buat?
Nak bagi nasihat?
Sila tinggalkan di bahagian komen.
Terima kasih!

Hahahahahahahahahahahahahaha......

Monday, 19 September 2011

Belia Masa Kini


Belia zaman sekarang:


..tak suka bangun awal di pagi hari..
..suka mandi sekali sehari..
..suka tak sikat rambut dengan kemas..
..suka tak kemas katil..
..tak suka diarah..
..cepat memberontak..
..nak tunjuk power..
..banyak memberi alasan..
..buat kerja last minit..
..bercinta untuk suka-suka..

..DSLR..

Sunday, 11 September 2011

Kebanyakkan Perempuan Boleh Dipercayai Berbanding Lelaki

hah, lelaki! dah ada awek pun masih nak usha lain.

     Ini mungkin isu debat. Pada zaman sekarang ni, apa-apa hal, memang tak dapat dinafikanlah, golongan perempuan ni lebih / boleh dipercayai. Kalau nak diharapkan lelaki, oh! Maaflah, aku tak mahu cakap. nanti ada pulak yang menghentam aku. Jangan saman aku! Hehe.

     Aku tak nak lah buat intro panjang-panjang. Kalau boleh aku nak terus kepada topik ini. Aku boleh bagi pendapat aku sendiri mengapa perempuan ni boleh dipercayai. Berdasarkan apa yang aku perhatikan :


  1. Terdapat satu kelab atau pertubuhan di mana ia baru ditubuhkan (argh, ayat macam cilake). Paling senanglah, kat sekolah. Para pelajar mendaftarkan diri dalam kelab yang dorang minat. First day datang, mesti ada pemilihan ahli jawatan kuasa (AJK). Dan terang-terang, bila bab pemilihan bendahari, mesti perempuan yang akan dipilih kebanyakkannya. Ini kerana, perempuan ni boleh dipercayai sebab dorang ni amanah, jujur. Kalau bab pegang-pegang duit ni serahkan je kepada perempuan. Kalau nak harap lelaki pegang, hmm, boleh percaya ke? Kang lesap pulak duit tu.
  2. Kalau orang kaya, kat rumah mesti ada pembantu rumah punya atau senang orang panggil, bibik. Biasanya bibik ni daripada golongan perempuan saja. Mana ada bibik lelaki kan. Kenapa majikan suka ambik bibik perempuan? Sebab perempuan boleh dipercayai. Kalau lelaki tu tenaga je lebih tapi nak kemas rumah memang taklah kan sebab malas dan tak boleh dipercayai. Tup-tup, rumah tak berkemas, makan gaji buta, bini orang (bini majikan) yang dirogol. Hehe.
  3. Perasan tak, ada sesetengah tempat belajar seperti sekolah dan IPT (selalunya sekolah), bila perempuan nak pergi tandas berdua, cikgu akan benarkan. Tapi kalau lelaki nak pergi ke tandas berdua, cikgu tak benarkan. Ini sebab cikgu tak percaya bahawa lelaki pergi tandas berdua-duaan dan mesti dia akan terfikir-fikir kenapa. Yela, lelaki ni kan berani. So, perlu ke nak pergi ke tandas berdua di siang hari? Gay ke apa? Ops. Taklah kan. Tapi mungkin mana tahu nak merokok bersama ke? So, memang lelaki ni tak boleh nak dipercayailah walaupun mahu ke tandas. Bukan nak buang air tapi nak merokok. Hoho! Tapi perempuan kebanyakkan pergi tandas sebab nak tengok cermin je. Haha!
  4. Perempuan kalau bab bercinta kebanyakkannya boleh dipercayai. Mengapa? Well, perempuan ni sweet duh! Kalau bab tarikh lahir, tarikh ulang tahun dan apa saja tarikh yang berkaitan semuanya perempuan yang ingat tapi lelaki ni asyik lupa je. Tapi tu takde kena mengenalah dengan boleh dipercayai atau tidak. Tapi pernah tak dengar "women give sex for love, men give love for sex"? Perempuan ni kalau bercinta, bercinta tahap habisanlah. Sungguh-sungguh punyalah. Sampaikan berikan ehem hanya kerana cinta. CINTA! Bukan kerana suka-suka. Sebab perempuan ni kalau dah sampai cinta sepenuhnya, dia percaya sepenuhnya, dia akan berikan apa sahaja (tapi tolonglah jangan buat kalau anda belum menikah lagi). Maknanya, perempuan ini lebih jujur dan boleh dipercayai dalam hubungan berbanding lelaki yang hanya tahu nak seronok je dengan awek.
  5. Suka lepak dengan memberkan? Cuba perhatikan perbualan dorang. Kalau lelaki ni berborak dengan perempuan, asyik nak membongak (menipu) je. Tak boleh nak percaya sangat apa yang lelaki ni cakap. Dorang rasa diri tu cukup cool lah bila menipu. Ya, mungkin bergurau. Tapi yang perempuan ni percaya je apa yang lelaki tu guraukan. Dorang seronok dapat menipu wanita ni. Seronoklah dapat bahan orang. Tak gitu? Lelaki tak boleh nak dipercayai sangatkan?

Mari kita lihat survey mengapa perempuan tidak percaya kepada lelaki zaman sekarang:

"sebab lelaki sekarang banyak melakukan perkara2 yang menghakiskan kepercayaan perempuan kepada mereka..."

"Bukan tak percaya pada lelaki tapi meragui kejujuran lelaki........
Mungkin melalui pengalaman yang dikecewakan lelaki..........
tak boleh salahkan perempuan 100 peratus kan selaluny lelaki yang suka buat hal............
Apapun untuk kaum hawa berhati-hati lah untuk mengenali lelaki........"

"bukan tak percaya, tapi kena berhati-hati...
ye lah, lelaki sekarang ramai yang aggp, tak kesah lah, ramai lagi perempuan kat dunia ni, lagipun perempuan ramai...
hehehehehe...
banyak sangat kes yang boleh m'hpuskn kepercayaan kaum perempuan kat lelaki..."

"bukan tak percaya tapi melalui pengalaman dan pemerhatian orang lelaki susah nak dipercayai...kawan lelaki saya sendiri pun mengaku macam tu...dia kata dalam sepuluh yang lelaki cakap kadang-kadang satu saja boleh percaya...."

"Boleh tak ana katakan...sebaik manepun lelaki zmn sekarang...kita tak boleh percaya...Syaitan berada di mana-mana... nafsu pun ada....
Berdasarkan pengalaman pun ana boleh kata bgtu....
Waktu ana jahil tentang "couple" ana pernah bercouple...memang lah jaga adap semua...tapi couple tu tak ada dalam islam....
Susah nak percaya lelaki sebab ada certain mereka ini mudah berubah....janji beria...tunai tak pernah....
Tapi...perempuan pun ada juga macam itu...jadi...fair dan square.."

"lelaki sekarang ego sebab ramai perempuan dok berebutkn mereka.
hampeh melampau2..eeee"


     Ha, itulah dia. Korang fikirlah sendiri. Tapi zaman sekarang ni, lelaki atau perempuan dah lebih kurang je. Selagi tak matang, selagi itulah nak menipu je kerja. Aduiiiii.

Sumber survey  : ukhwah.com

Wednesday, 7 September 2011

Korek Telinga Itu Haram

   




     Ya, memang itu fakta. Korek telinga itu adalah haram.Pelik dan aneh bunyinya kan. Tapi itu adalah kenyataannya.

     Tidaklah haram dari segi agama. Tapi doktor ada menasihatkan supaya janganlah rajin sangat nak korek-korek telinga. Sebab bila kita korek, taik telinga tu atau dipanggil wax ear akan makin masuk ke dalam dan ke dalam dan lama-lama dia akan menjadi mampat. Sebab tu la korang punya pendengaran agak kurang sikit. Senang kata pekak badaklah sebab taik telinga yang mampat tu dah buat kubu betul-betul kat gegendang telinga korang.

     Orang selalu kata, "tu la kau, aku cakap tak dengar. Pekak! Lain kali koreklah telinga kau tu". No! No! Salah weh! Jangan korek telinga menggunakan cotton buds. Kalau nak guna yang besi tu pun jangan nak korek sembarangan sebab takut nanti terbocor lak gegendang telinga kau.

     Lagi-lagi kalau kita korek menggunakan cotton buds. Ya, stim memang stim sebab gatal kan. Dapat korek, pergh, memang sedap tak hengat dunia punyalah. Tapi, pernah terjadi kes yang kapas cotton buds tu tercabut dan tertinggal kat dalam telinga. Kalau nak keluarkan terpaksalah jumpa doktor pakar.

     Lagi satu, bila guna, kemungkinan akan berlaku telinga bernanah. Sebab cotton buds tu pada kapasnya terdapat bakteria dan kuman-kuman yang kita tak nampak. So, memang senang nak kena jangkitan kuman kat telinga dan seterusnya berlakulah nanah dalam telinga.

     Sebelum nak kena telinga bernanah tu, korang akan rasa telinga korang tu, pergh gatal semacam. Nak je korek-korek. Lalu korang pun dengan pantas pergi ambik cotton buds / besi pengorek telinga tu untuk korek telinga. Masa tengah korek tu, mata pulak terpejam-pejam sebab stim sangat korek telinga yang sedang gatal tu.

     Selepas dah kena macam tu, tak payah nak tunggu lama-lama. Selalunya tengah-tengah malam ketika sedang lena dan enak diulit mimpi, masa tu lah penyakit telinga bernanah akan menyerang. Woho! Memang sakit tak terkira. Masa korek siang tadi memang sedap. Tapi bila ia datang menyerang, sakit yang datang memang tak hengat punya. Korang akan terguling-guling di atas katil sambil memegang telinga sehingga membuatkan korang menangis kesakitan. Ia berdenyut-denyut dan diulangi, sakit tak hengat punyalah.


geli shial!




     So, janganlah nak korek sangat kalau tak nak telinga tu bernanah. Sudahlah sakit terguling-guling, telinga korang juga akan mengeluarkan air secara berterusan. Berterusan! Dalam masa yang sama tu ada rasa gatal-gatal jugak serta akan membuatkan korang mengambil keputusan untuk melegakan kegatalan tersebut dengan mengorek telinga. Makin dikorek, makin sedap. Air nanah juga akan keluar semakin banyak. Risiko untuk pekak adalah tinggi sebab akan menyebabkan gegendang telinga korang berlubang. Masa tu terpaksalah membuat pembedahan kecil dengan memotong sedikit telinga di bahagian belakang. Lupa nak kata, masa korek-korek tu, telinga juga akan mengeluarkan darah bagi barangsiapa yang korek terlalu ganas. Yes!

     Untuk nak ubati penyakit telinga bernanah ni, agak makan masa jugaklah. Mula-mula, korang mesti akan pergi klinik biasa. Ya, tak kisahlah. Tapi lepas tu korang kena jumpa doktor pakar (selalu di Hospital Besar Kuala Lumpur) sebab doktor dari klinik biasa tu yang suruh. Jangan melawan. Pergi jela.

     Bila dah pergi HKL, tunggu lama-lama tu memang perkara biasa. Datang pagi tapi tengahari nanti barulah nama korang dipanggil. Doktor akan cek telinga korang dulu. Tanya dah berapa lama kena, ada pening ke tak, demam ke dan macam-macam lagi.

     Seterusnya kena tunggu lagi untuk kali kedua. Then, barulah korang akan di cek lagi. Doktor akan suruh korang baring. Seterusnya dia akan bersihkan telinga korang dari taik-taik telinga yang mengeras tu. Jangan risau. Tak sakit langsung. Memang sedap berganda sedap dari korang korek telinga sendiri. Dia membersihkan telinga dengan menggunakan air saja. Mungkinlah. Untuk maklumat lanjut sila bertanya sendiri kepada doktor. Haha! Oh ya, doktor akan membersihkan kedua-dua belah telinga korang.

     Selesai! Selepas itu korang akan menunggu pula buat kali yang ketiga untuk mengambil ubat. Depends ubat apa yang doktor nak bagi. Ubat tahan gatal, tahan sakit, ubat titis, dan antibiotik. Itu yang biasanya yang diberi.

     Kemudian, doktor akan tetapkan temujanji dengan korang. Untuk kesihatan telinga jugakan. Dalam dua bulan sekali korang mungkin akan berjumpa dengan doktor yang ditetapkan.

     Kesimpulannya, ini bukanlah karangan mahu pun esei. Tapi jagalah kesihatan telinga korang. Taik telinga tu tak perlu dibersihkan dengan kaedah korek-korek. Nak bersihkan telinga ada caranya tanpa menggunakan cotton buds / besi. Doktor juga ada menasihatkan, bila gatal je jangan segan-segan untuk korek dengan jari. Tak payah nak beli cotton buds. Jimat! Oh ya, semasa sedang menghidap penyakit telinga bernanah (tak tahulah apa nama saintifiknya) jangan bagi air masuk ke dalam telinga. Ini akan menyebabkan penyakit tersebut bertambah teruk.

     So, jagalah telinga tu baik-baik ya. Nanti pekak pulak jadinya. Biar tak cantik, asal jangan pekak. Untuk nak tahu macam mana nak bersihkan telinga dengan kaedah yang betul, tekan sini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...