Saturday, 14 May 2011

Benda yang Perempuan Nak Lelaki Buat

     Pergh! Tajuk menarik. Bagi akulah. Agaknya apa isi yang akan aku huraikan nanti? Tentulah isi yang berkaitan dengan benda yang perempuan nak lelaki buat. Haha! Perempuan ni jiwanya, Masya-Allah ya kawan-kawan, cukup lembut, cukup sensitive bagaikan kulit telur ayam tak pun telur burung puyuh yang kita hentak sikit je dah rapuh. Maka, kita sebagai lelaki kenalah jaga hati para wanita ni. Sekali sekala kita lakukan perkara-perkara yang perempuan suka. Kalau selalu lagi dorang suka dan makin tangkap cintanlah dia kat kau. Haha!

jangan nak demand lebih-lebih sampai lelaki sakit


     Okey. Inilah dia perkara yang kalau boleh awek tu, nak kau yang si jejaka-kacak-hensem-bergaya-lagi-tampan-dan-macho-tanpa-sedikit-kepondanan-pun nak korang buat walaupun pelik:



1.       Jadilah seromantik Bruno Mars dan sesetia seperti Jacob Black. Beliau ni bukan biskut hangus ye. Nak jadi romantic ni paling koman pun nyanyikan untuk dia je. Itu pun dah cukup buat dia cair.



2.       Kadang-kadang ada perempuan yang mengharapkan korang layan dorang macam raja. Eh, jangan gelojoh sangat. Awak tu perempuan. Permaisuri cukup. Raja untuk lelaki. Kalau lelaki layan perempuan seperti permaisuri, nanti kau mintak kat dia layan kau macam Raja pulak. Baru fair and lovely.

3.       Korang suka main game macam PS3, XBOX dan apa-apa jela asalkan games? Ha, jangan terlalu ketagih sangat nak main. Ada sesetengah awek tak berapa berkenan sebab bila korang main, kau terlalu fokus pada game, kau tak akan ada masa untuk melayan awek. Kurang-kurangkanlah sikit ya. Maknanya dia nak kau layan dia je. Buat wey! Sebab ni yang perempuan nak. Tanggunglah sendiri.

4.       Buat surprise! Oh, terkejut mak! Korang dah tahu kan perempuan ni so gedik. Bila korang buat surprise makin tergedik-gediklah mereka tu. Paling koman pun korang hantarlah mesej yang sweet-sweet kat dia. Dia tetap akan suka jugak. Surpriselah jugak tu.




5.       Selalu ucapkan kata-kata manis macam I love you, I miss you. Cakap setiap hari pun tak apa. Awek tak akan rasa jemulah. Malah dorang akan rasa berbunga-bunga di dalam hati. Petua: kejut awek pagi-pagi then cakaplah good morning ke apa. Lepas tu cakap, I love you. Mesti mood dia akan okey sepanjang hari. Lepas dah cakap tu jangan lupa suruh dia solat Subuh. Itu pun kalau dia tak lampu merah.

6.       Perempuan ni kadang-kadang meluat tengok korang poyo lagi-lagi bila kau poyo depan member kau. Baguslah. Lelaki poyo, perempuan gedik. Fair and lovely kan? Tapi itulah, kalau nak tangkap cintan kau kena cover sikit poyo kau tu. Hehe.

7.       Ini yang paling penting! Perempuan paling suka kalau lelaki manja-manjakan dia. Macam kau belai-belai rambut dia ke, kiss dia ke. Tapi awas! Itu untuk yang dah menikah je. Aku ulang. Dah menikah! Kalau yang tak menikah lagi, manjakan dia dengan bawak dia pergi shopping. Simple kan? Haha.



Sumber:



13 comments:

ABU said...

aku like satu perkataan ni..'jejaka-kacak-hensem-bergaya-lagi-tampan-dan-macho-tanpa-sedikit-kepondanan-pun'...hahahaha..

info yng bagus..thanks..

Journey of Youth said...

nak manjakan awek?alahai manja kucing d umah dah la...hehehe

mushroom said...

@ABU
hahaha aku saja je guna perkataan tu.. tak sangka ada yang like huhu!

@Journey of Youth
tapi kan awek ske d manja2.. kuceng tu bagi makan pun dah cukup :P

Miecyber said...

Tips menarik...

Blogspot Bermasalah & Entri Hilang

LindaRahim said...

bwk sy g shoping jer...ok dah tu...hihi..

cikida said...

haha,,,romantik sgt pon x best..kui3..=p

Elie Lily said...

percaya diri wanita itu sendiri da cukup hebat kot! :)

mushroom said...

@Miecyber
thanks! ^^v

@LindaRahim
perempuanlah katakan, asyik nak bershopping je.. window shopping okey tak? huhu!

@cikida
tapi romantik2la best.. kan sweet tu ^^

@@Elie Lily
memang! kalau tak percaya mesti asyik tuduh menuduh dan membawa gaduh, kan

Puteri Iqa Izyan said...

ish. ade ke lelaki sanggup buta mcm ni? haha

hantu said...

nice ;)

Solihin Zubir said...

errrr... tp jgn la mengada2 sgt smpai lelaki naik rimas, menyampah n rsa terkongkongg.. ye atk? heheh..

mykhalis said...

boelhh,,orang laki boleh wat..tapi orang laki nak satu jeee.. satu jee..hehehe

mushroom said...

@Puteri Iqa Izyan
Ada.. belum pernah jumpa lagi ke? ^^

@hantu
thank you :D

@Solihin Zubir
ya.. kalau sampai rimas tu x leh la.. tu da mlebih kiranya

@mykhalis
satuuu jeeeee hahahaha :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...